ILLINOIS - AMERIKA SYARIKAT. - Seorang lelaki yang terpenjara secara tidak sengaja lebih dari 32 jam diberi ganti rugi sebanyak AS$600,000 (RM 2.7 juta).
Menurut Daily Mail, Farad Polk terkunci di dalam sebuah bilik pelawat di penjara sekuriti maksimum, Cook County Jail pada Julai 2014.
Difahamkan, bilik itu dahulunya digunakan untuk pelawat datang melawat penjenayah berbahaya, namun sudah tidak digunakan lagi.
Ketika kejadian, dia sedang melawat anaknya di penjara dan diberikan arahan oleh pihak penjara supaya memasuki bilik tersebut.
Difahamkan juga, bilik yang dimasuki oleh Farad itu tidak mempunyai tandas, makanan dan juga minuman.
Farad memberitahu ABC News bahawa dia menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian termasuklah menendang pintu dan menjerit.
Farad yang diselamatkan oleh Jabatan Bomba Chicago 32 jam kemudian bertindak menyaman pihak penjara kerana mendakwa mengalami trauma emosi.
Jurucakap Cook County Sheriff Department, Sophia Ansari mengesahkan perkara tersebut semalam.
Sumber: DailyMail