Jika sebelum ini telah menjadi viral di laman sosial tentang gaji pekerja asing yang tinggi di Malaysia, semalam telah menjadi viral lagi kisah gaji pekerja asing yang tinggi ini.
Seorang lelaki semalam telah memuatnaik sekeping gambar yang mendakwa seorang pekerja asing warga Bangladesh menerima gaji RM5000 sebulan.
Gambar berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang menyatakan seolah-olah orang tempatan dianaktirikan kerana gaji anak tempatan terlalu ramai rendah daripada gaji yang diterima pekerja asing berkenaan.
Namun, ramai juga yang bersetuju warga asing berkenaan diberi gaji sedemikian kerana setimpal dengan kerja yang dilakukannya.
Pendapat admin sendiri, admin setuju pekerja asing ini diberikan gaji seumpama ini, kenapa?
Dari pemerhatian, pekerja asing berkenaan hidupnya di Malaysia seolah-olah 'hidup untuk kerja', beliau memang bekerja dalam bidang yang mencabar untuk menerima gaji basic RM2,464 itu, perlu diketahui kalau orang tempatan menceburi bidang ini gaji basic lebih tinggi dari lelaki warga asing ini.
Namun kerana hidupnya di Malaysia hanya untuk bekerja, dia melakukan 'Normal OT' sebanyak 95 jam sebulan melayakkan dia mendapat gaji OT sebanyak RM1,995.
Selain itu, dilihat cuti mingguannya turut dikorbankan, pekerja asing ini melakukan 'Rest Day OT' sebanyak 41 jam sebulan membolehkan dia mendapat RM1,148, dengan jumlah keseluruhan gaji bulanannya adalah RM5,607.
Memang berbaloi dengan kerja yang dilakukannya, memang mereka hidup untuk kerja, balik kerja lewat malam dan hari cuti mingguan pun bekerja.
Ada netizen yang menurunkan komen, pekerja tempatan malas, ini admin tidak bersetuju, kita tidak boleh samakan hal ini dengan pekerja asing.
Memang mungkin ada segelintir yang malas, sama juga dengan pekerja asing, ada juga segelinitr yang malas, tapi sebenarnya ramai juga pekerja tempatan yang rajin, tapi kenapa tidak boleh lakukan seperti pekerja asing ini?
Perlu diakui, pekerja tempatan bekerja di negara sendiri, tempat sendiri, mereka mempunyai banyak tanggungjawab terutamanya kepada keluarga, mak, ayah dan lain-lain. Jika pekerja tempatan buat apa yang pekerja asing ini buat, memang keluarga, makan pakai anak isteri akan terabai, maka akan kuranglah atau tiadalah waktu berkualiti dengan keluarga, mungkin akan merosakkan institusi keluarga yang dibina.
Lain pula dengan pekerja asing, mereka datang ke Malaysia tekad meninggalkan keluarga demi mencari rezeki kepada keluarga yang ditinggalkan, mereka tinggal di Malaysia memang semata-mata untuk kerja, tidak perlu fikir tanggungjawab mereka terhadap keluarga selepas waktu kerja kerana keluarga jauh.
Cukup bulan, gaji dapat mereka akan hantar pulang kepada keluarga, itulah kehidupan mereka di sini, cuma dalam hal ini, mereka memang mengorbankan hidup mereka untuk bekerja, mungkin bila dah cukup 'target' mereka akan pulang ke negara mereka.
Dalam hal ini tiada mana-mana pihak yang patut dipersalahkan, gaji yang mereka dapat adalah setimpal dengan kerja mereka yang tiada cuti, hidup di Malaysia hanya untuk kerja.
Cuma kepada syarikat-syarikat di Malaysia, jangan hanya semata-mata buka peluang pekerjaan kepada warga asing, berilah peluang kepada warga tempatan untuk bekerja, masih ramai yang tiada kerja diluar sana, kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi yang akan bantu warga kita. - Siakapkeli.my
**Apa yang ditulis adalah hanya pandangan Admin, kalau setuju atau berbeza boleh nyatakan di bawah.
Betul ckp admin ni,pertama kali ak tgk ad org yg komen secara menyeluruh..sesetengah orang ckp ikut sedap mulut kate org mlaysia malas..bsepah anak muda kita kt kilang2 yg bhempas pulas bkerja menyara kluarga,bkn tu aje,lepas keje,balik rumah tunaikn tanggungjawab kt rumah pulak,segelintir je yg malas2 tu,tp sebab setitik nila tula,yg rosak susu sebelanga,cait
BalasPadam