Sudah tentu ramai antara kita umat Islam tahu akan kehebatan makanan sunnah iaitu seperti Kurma, Habbatus Sauda, Buah Tin, Kismis, minyak zaitun dan pelbagai lagi dengan khasiat yang tiada tandingannya.
Namun, kalau dilihat di negara kita kurang diceritakan tentang satu lagi pemakanan sunnah yang sebenarnya cukup hebat iaitu susu unta yang menjadi pilihan untuk diminum oleh kaum Arab sebagai minuman kesihatan yang berkesan tetapi kurang disebarkan menyebabkan kita rakyat Malaysia seperti tidak tahu akan kehebatan salah satu makanan Sunnah ini.
Tahukah kita bahawa Bangsa arab Badwi menggunakan susu unta sebagai rawatan tradisional dalam kehidupan harian mereka untuk merawat penyakit demam campak, luka, ubat sakit dada, sakit perut dan ubat keracunan makanan.
Menurut mereka, susu unta yang paling bagus khasiatnya adalah unta yang baru melahirkan anak antara hari pertama hingga hari ke 40 yang kita ketahui mempunyai Kolostrum yang tinggi.
Ketika ini rasanya lebih lazat, harum, tidak terlalu kental sedikit manis berbanding susu unta pada waktu lain yang sedikit masin apabila diminum segar.
Susu unta terbukti mempunyai khasiat yang cukup besar dan manfaat kepada kita jika diamalkan di mana minuman ini telah diamalkan oleh para sahabat dan anbia pada zaman terdahulu selain susu kambing.
Tahukah anda bahawa laktosa susu unta lebih mudah dicerna oleh badan berbanding susu lembu di mana fakta ini dikeluarkan sendiri oleh Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat.
Komposisi susu unta amat hebat kerana ia mengandungi Potassium, karbohidrat, sodium, protein, vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, rendah lemak(1.2-2.8%) dan rendah kolestrol, malah kandungan Aktoferrin, Immunoglubins, Lysozyme dan Laktoperoxidase lebih pekat berbanding yang ada dalam susu lain.
Jadi, apakah khasiat utama susu unta ini kepada manusia?
- Membantu menstabilkan peredaran darah dalam badan
- Tidak mengandungi Beta Laktoglobulin yang memberi kesan alergi
- Mencegah atau membantu mengawal kencing manis
- Anti penuaan kerana mengandungi Alpha-Hydroxy I Acid
- Mengawal kandungan gula dalam darah
- Mencegah penyakit jantung
- Mengelak atau mengurakan stress, menenangkan fikiran
- Meningkatkan kadar antibodi atau Imum badan melawan penyakit seperti melawan jangkitan bakteria, kuman atau virus
- Membersihkan darah
Di sebalik khasiat susu unta yang luar biasa, ternyata di dalamnya terdapat kadar susu yang sangat tinggi mencapai peratus antara 84-91%. Tidak ada mana-mana susu pun dapat menyamai kadarnya.
Selain itu, menurut pengusahan pemilik ladang ternakan unta di California Walid Abdul-Wahab menyatakan susu unta amat sesuai diminum oleh penghidap Autisme kerana ianya membantu memiliki manfaat anti keradangan untuk otak, namun ia hanyalah berdasarkan pengalaman mereka yang mencubanya, bukan dari kajian dilakukan oleh pakar.
Tesis penelitian yang dilakukan oleh Dr. Yosef Shabo dan Dr. Reuven Yagil menjelaskan susu unta yang tidak mengandungi beta-kasein dan beta-laktoglobulin, selain itu susu unta juga mengandungi imunoglobulin dan protein di dalamnya membantu perkembangan otak dalam hal keterampilan dan komunikasi, jadi ia bukalah satu kerugian untuk diamalkan oleh mereka yang menghidapi Autisme.
Bagi kaum arab, ianya mungkin perkara biasa kerana susu unta boleh didapati dengan mudah disana berbanding kita rakyat Malaysia, kerana sifat susu unta segar yang cepat rosak iaitu hanya 7 hari membuatkan ianya susah untuk dibawa ke negara kita kerana tempoh yang lama diperlukan untuk tujuan penghantaran.
Untuk membolehkan rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada khasiat susu unta yang kurang dipopularkan di Malaysia ini walaupun besar manfaatnya, seorang anak muda telah bertungkus lumus membawa masuk susu berkenaan ke pasaran Malaysia.
Kerana sifat susu segar yang cepat rosak, beliau telah membawa masuk susu unta yang telah siap diproses daripada Timur Tangah untuk lebih tahan lama, susu unta proses berkenaan disesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia iaitu campuran Kopi segera, teh tarik, coklat dan pelbagai lagi atas jenama Camelus Susu Unta.
Jadi, ianya bukanlah satu alasan lagi untuk mengatakan susah untuk mendapatkan susu unta yang merupakan makanan sunnah berkenaan di Malaysia, malahan anda boleh mencuba rasa susu berkenaan di pejabat mereka dengan hanya RM3 segelas.
Lawati Facebook Camelus Susu Unta
Lokasi: No 33, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.
- Siakapkeli.my