Aktiviti seperti itu sangat menyeronokkan dan juga mencabar, bila mana terpaksa melalui denai dan mendaki kawasan berbukit yang kadang kala memberi cabaran baru. Namun begitu, apabila berada di dalam hutan, sudah semestinya adanya haiwan lain yang tinggal di situ, termasuk juga binatang buas.
Untuk memastikan kita sentiasa berwaspada, dan mengetahui apa yang perlu dilakukan sewaktu berada di dalam hutan dan berkhemah, admin ingin kongsikan beberapa tip ikhtiar hidup dalam menghadapi segala kemungkinan bahaya, jom kita baca perkongsian daripada saudari Anastasia Azlan ini.
#1 Kita boleh tengok laluan sesuatu trek dengan jejak daripada binatang atau manusia. Boleh trace dengan kesan TAPAK kaki yang ditinggalkan.
#2 Setiap jejak sebagai satu signal 'mereka' berada di kawasan tersebut. Sama ada berada dihadapan atau dibelakang.
#4 Lebih-lebih lagi kepada kumpulan binatang yg bersama anak. Kita boleh trace dari saiz jejak yg ditinggalkan. Mereka sangat protective.
PEKA DENGAN SUARA ATAU BUNYI
#5 Selain dari JEJAK kita dapat trace dari SUARA/BUNYI. Selalunya binatang yang merasa terancam akan memberi signal dari segi suara/bunyi.
#6 Binatang buas/besar tahu akan kehadiran kita kerana dari jauh mereka mampu bau/kesan akan kehadiran kita.
#7 Cth:Laungan Ungka menunjukkan masuknya waktu Dhuha. Pertukaran waktu alam kepada alam yg lain.Laungan/bunyi binatang sebagai signal alam.
PENGLIHATAN BAIK
#8 80% binatang buas/berbisa akan keluar pada waktu MALAM. Jalan MALAM/OT perlu lebih PEKA kerana pandangan mata kita yang terhad.
PEKA DENGAN BAU DI SEKITAR
#9 PEKA apabila deria hidung dapat mengesan bau binatang dan berdekatan dengan sungai. Lebih-lebih lagi bau seperti daging/bangkai.
PENGCAHAYAAN DI SUNGAI
#10 SEWAKTU turun ke sungai mengambil air/membasuh, ULAR air tertarik pada cahaya. Suluh cahaya jauh sedikit dari tempat kita berdiri.
#11 PENYENGAT - Jika kawan kita dah terkena serangan penyengat didepan cuba jangan terus jalan bersama, patah balik. Cuba buka laluan baru.
#12 Jika diatas permatang tidak dapat membuka laluan tepi/baru rileks dulu pastikan Penyengat dan angkatan masuk ke dalam sarang semula.
#13 Lepasi sarang dgn keadaan tenang dan jgn sampai terlanggar sarang. Experience di Gng Tahan tunduk mendiamkan diri dan berjalan perlahan.
UBATAN KHAS
#14 Dinasihatkan pendaki yang mempunyai masalah alergik membawa ubatan alergik yang disarankan doktor sendiri. Kejadian sesak nafas.
#15 JIKA terkena bisa binatang tidak semua pendaki sesuai dengan ubatan yang diberi. Minta kaji diri sendiri dan sayangilah diri anda.
#16 IKHTIAR HIDUP pastikan sebelum memasang fly/khemah lihat kawasan kemsite sama ada selamat atau tidak semasa atau sedang tidur. Check!
#17 Bahaya utk kemsite
1)Tepi sungai-cari kawasan yg ada pokok besar.
2)Pokok mati-jauhi kawasan pokok mati(tumbang).
3)Laluan/jln binatang.
#18 Jika boleh buat unggun api/asap signal kita kepada binatang buas/besar yang kita ada dikawasan tersebut(safety).
MENGAMBIL AIR
2)Pokok mati-jauhi kawasan pokok mati(tumbang).
3)Laluan/jln binatang.
#18 Jika boleh buat unggun api/asap signal kita kepada binatang buas/besar yang kita ada dikawasan tersebut(safety).
MENGAMBIL AIR
#19 AMBIL air yang arusnya lebih lancar dan ke tengah. Elakkan mengambil air di kawasan tepi tempat sisa najis binatang/kotoran terkumpul.
MENGELAK AGAS
#20 Untuk mengelakkan agas boleh sapu insect repellent/gunakan ubat nyamuk yg berasap. Malam anda lebih lena.
Selepas ini mungkin anda boleh mempraktikkan tip ini dalam menjalankan aktiviti di luar, khususnya berada di dalam kawasan hutan. Namun pastikan anda memberitahu 'renjer' hutan atau pergi bersama orang yang mempunyai pengalaman. Utamakan keselamatan, walau anda sedang bergembira. Jom nikmati alam. - Siakap Keli