Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Idea Untuk Membeli Cenderamata Buat Keluarga Atau Sahabat Ketika Melancong, 5 Tip Mudah Ini Boleh Membantu Anda

30 Okt 2016
No Comment

Apabila pergi bercuti atau melancong, sudah semestinya akan mendapat banyak permintaan dari keluarga mahu pun sahabat, tapi jika tiada permintaan sekali pun, anda sudah pasti mahu memberi sesuatu, sebagai tanda ingatan buat mereka.

Ada kalanya ianya bukanlah sesuatu yang mahal, mungkin sekadar fridge magnet, atau key chain, mahu pun t-shirt. Tetapi, ianya akan memberi impak yang besar buat penerima, kerana mengetahui dirinya seperti dihargai.

Namun begitu, dalam membuat percaturan untuk membeli buah tangan buat mereka, kadang kala membuatkan anda serba salah, cenderamata bagaimana yang sesuai untuk diberikan. Bagi membantu anda, admin kongsikan apa yang anda boleh berikan buat insan tersayang, perkongsian dari lama Wiki How


1. Membeli Hadiah Melambangkan Negara Atau Tempat Yang Anda Lawati

Fikirkan hadiah yang melambangkan sesebuah tempat yang anda lawati, ianya boleh memberitahu dari mana datangnya hadiah tersebut, sebagai contoh jika anda pergi ke Pulau Langkawi, anda boleh membelikan minyak gamat, atau jika anda pergi ke Perak, boleh juga membelikan labu sayong.

Pastikan anda membeli sesuatu yang baik, dan tidak mudah rosak. Ianya sebagai bukti tanda keikhlasan anda dalam memberikan buah tangan tersebut buat mereka yang tersayang.


2. Pastikan Hadiah Yang Diberikan Tidak Mudah Rosak Atau Pecah

Anda perlu bijak dalam membeli hadiah, lebih-lebih lagi hadiah yang besar atau yang mudah pecah. Pastikan tuan kedai tahu bagaimana cara terbaik untuk membalut hadiah tersebut dalam mengelakkan berlaku keretakan, atau pecah sewaktu anda membawa pulang kelak.

Anda harus ingat, hadiah yang dibelikan perlu berada bersama anda sepanjang hari, jika anda rasakan anda tidak mampu menjaga barangan yang mudah pecah itu, lupakan niat anda, belikan sahaja cenderamata yang mudah untuk dijaga, lebih-lebih lagi jika perlu disimpan di bahagian kargo nanti.


3. Fikirkan Tentang Perhiasan Yang Berasal Dari Tempat Yang Dilawati

Jika anda ingin meberikan sesuatu yang boleh dipakai setiap masa, anda boleh menghadiahkan barang perhiasan kepada keluarga mahu pun teman.

Pastikan anda membeli barang perhiasan yang mewakili negara atau tempat yang anda lawati, yang juga baik dari segi pembuatan dan tahan lama. Mungkin saja anda boleh mengahadiahkan mutiara jika berkunjung ke Sabah, ianya boleh sahaja dari segi rantai, atau butang baju.


4. Pastikan Anda Mengikuti Semua Peraturan Kebangsaan Dan Antarabangsa

Jika anda bercadang membawa pulang makanan atau minuman, pastikan ianya boleh melepasi bahagian imigresen di lapangan terbang kelak. Mungkin sahaja anda ingin membawa pulang air minuman, atau kimchi yang popular di Korea, atau makanan ringan.

Pastikan anda tidak membawa muatan yang dilarang, boleh sahaja bertanya pada peniaga yang sudah biasa membungkus barang makanan untuk dibawa ke lapangan terbang. Supaya anda tidak rugi kelak jika tidak boleh membawa pulang ke tanah air.

5. Pastikan Hadiah Anda Sesuai Dengan Umur Penerimanya


Dalam menjaga hati pihak lain, anda harus juga menilai akan kemampuan diri, pastikan anda tidak terlebih belanja hanya kerana ingin memberi cenderamata buat keluarga mahu pun sahabat. Boleh sahaja memberikan sesuatu yang kecil, tetapi bermakna buat mereka. Jom kita hargai insan tersayang. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "