Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tampak Berseri Tangan Dengan Inai Kan, Cantik Dipandang Kan, Tapi, Ketahui Dahulu Baik dan Buruk Inai Pada Diri Anda

1 Okt 2016
No Comment

Penampilan diri amat dititik berat oleh semua orang, kalau boleh, segala yang ada pada diri, mesti tampak kemas dan menonjol. Bukan apa, pandangan pertama, atau 'first impression' akan memberi kesan pada diri kelak, mana tahu, oleh sebab diri ini segak bak putera, dan cantik persis sang puteri, diri anda akan dilamar si jantung hati.

Barang perhiasan diri, dilihat memberi impak dalam penampilan seseorang. Bukan sahaja kasut, bah kan cincin, gelang, rantai, subang, mahu pun 'brooch' sering kali akan disuai padan dengan imej diri. Wanita mahu pun lelaki, turut memandang serius akan penampilan diri ini, lebih-lebih lagi bagi mereka yang metroseksual.

Namun begitu, budaya memakai inai kini, sudah menjadi salah satu 'barang' perhiasan diri, ianya tidak lagi hanya dipakai bila tiba hari berserjarah, seperti perkahwinan. Tapi, tahukah anda, memakai inai ini ada baik buruknya juga. Admin kongsikan penulisan Dr Abdul Rahim Nor, mengenai kebaikan dan keburukan inai ini pada diri kita, jom kita baca sikit.


"Baik buruk Inai / Henna Mehendi."

Kita tau yg Wanita makhluk ciptaan Allah yg paling indah. Tpi jika anda makhluk golongan Wanita....anda akan tambah tokok kecantikan anda demi mempertahankan & menambah keindahan tu. Ramai wanita yg mai klinik doc kemas & lawa2 belaka. Trend terkini ada yg mewarnai kulit/ rambut mereka dgn menggunakan Inai /Henna. Pekerja doc ramai berHENNA. Habis tapak tangan & lengan diconteng2 design Henna/Inai. Ok ke pakai Inai / Henna ni?

A. Doc Beri Sikit Info Mengenai Henna

1. U all tau tak Henna tu drp daun pokok Lawsone yg asal drp Afrika Utara ke Arab & Spanyol terus ke India.. terus mai Msia. Sbb tu kebudayaan & kepercayaan guna Henna mcm drp negara2 tu dipakai guna org kita.


2. Daun Henna dikeringkan, ditumbuk jadi serbuk lalu dicampurkan air menjadi pasta. Dilekat hujung jari, dilukis dikulit atau sapu dirambut. Baru le zat Lawsone Henna warna merah kecoklatan melekat pd kulit & rambut anda.

B. Baik Buruk Henna Pada Anda

1. Henna sbg bahan pewarna tubuh, bibir & rambut. Fungsi Henna spt Tato, untk indah tubuh dgan warnanya dgn design2 macam2. Klu biar lama semasa baru buh hanna lagi terang warnanya. Ia tahan dlm 3-4 minggu.


2. Org Melayu kita ada pakai Inai dlm pernikahan bgi lagi cantik ponu pomplek ( pengantin pompuan). Org dulu percaya dgn pakai Henna mertua akan senang menerima pengantin wanita dgn mudah. Betul ke? 

Bagi doc ada kes mai klinik lepas boh inai...habis kulit gatal & mengelembong....Allergik Reaction. Nak cantik masa jadi pengantin tpi jadi comot. Dah le nak kenduri kahwin besuknya. Bayangkan, kesian kat pengantin tu. Doc nasihat pengantin2 yg nak pakai Inai/Henna, pakai le yg Asli. Jgn di campur Para-Phenylenediamine (PPD). 


3. Henna dicampur PPD (Black Henna) untk menjadikan warna merah henna/inai menjadi hitam. Bagi yg dah umur 5 siris...dah beruban, ramai pakai inai sbgai pewarna rambut....rambut beruban jadi hitam awet muda. Look smart & handsome le tu. 

Tpi ada yg allergik dgn henna klu ada PPD...habis gatal rambut dan badan. Ada kata Henna mampu jaga kualiti rambut & kulit tegang awet muda sbb mengandungi banyak protein. 

4. Ada kepercayaan karut anggap Inai mengusir setan, penangkal gangguan, menjauhkan energi negatif, nasib selalu baik & penarik bahagia, baka diri jadi subur....betui ke ni atau mitos je.?

5. Pagi tadi di klinik ada kes akak ni pakai INAI sbb jari kena cekam bernanah. Org Melayu percaya buh inai di jari bernanah tu untk hisap buang nanah & hilangkan cekam. Tapi kepercayaan tu meleset..sbb kondisinya lagi teruk. Jari bernanah lagi teruk klu kita ada kencing manis. 

Doc nasihat jgn buat mcm ni tau. Sbb bila jadi nanah di jari doc susah pasti sbb dilindungi warna inai merah dijari tu!!...apa lagi doc operate buang nanah tu ...akak tu happi je.

Nasihat Doc
Nak pakai inai bagi cun, ok je. Jgn kena allergik kulit je. Ingat inai tak sedut nanah keluar dr kulit....Hihihi klu inai sedut nanah, ia sedut pi kemana?


Ramai yang mula ikut 'trend' kononnya untuk kelihatan lebih menyerlah, lebih cantik, tapi janganlah sampai membinasakan diri, kalau boleh buatlah sedikit kajian, cari info sebelum mula memakai sesuatu produk. Lebih mudah jika merujuk terus pada yang pakar, untuk tahu kalau-kalau ada alergik pada satu-satu bahan. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "