Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TNB Beri Penjelasan Isu Bil Belum Diterima Pengguna Dan Isu Bayaran Purata Bulanan

1 Okt 2016
No Comment

Sebelum ini menjadi viral di laman sosial kononnya pihak TNB telah mengenakan bayaran lebih mahal dan bil lewat diterima.

Rupa-rupanya ianya sebenarnya melibatkan 8.5 juta pelanggan TNB di seluruh Semenanjung Malaysia akibat pengenalan sistem pengebilan baharu bermula 21 Julai 2016 menerusi inisiatif baharu iaitu myTNB Portal.

Berikutan peralihan kepada perkhidmatan baharu ini, telah berlaku isu bil bulanan kepada sebahagian pelanggannya, sesetengah pelanggan belum menerima bil elektrik mereka bagi bulan Julai dan Ogos 2016.

Sebahagian pelanggan lain pula mungkin telah menerima bil anggaran yang dikira berdasarkan purata penggunaan tenaga elektrik pelanggan sepanjang enam bulan yang lalu

Oleh itu pihak TNB memberi jaminan, pelanggan yang menerima bil anggaran dan tidak menerima lansung bil bulanan bagi bulan Julai dan Ogos 2016, bekalan elektrik mereka tidak akan dipotong jika lewat membuat pembayaran dalam tempoh peralihan ini.

Dengan pengenalan sistem baru ini, nombor akaun lama pelanggan akan ditukar dengan nombor akaun baru secara automatik kepada 12 digit dari 14 digit sebelum ini, namun pembayaran bil masih boleh dibuat menggunakan nombor akaun lama,

Selain itu, jumlah pembayaran yang dibuat menggunakan mana-mana nombor akaun akan tertera dalam bil bulanan pelanggan yang berikutnya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sistem baharu ini iaitu berkaitan nombor akaun baru, bil anggaran, jaminan tiada pemotongan jika bayaran lewat dan soalan lazim lain, sila layari www.tnb.com.my/mytnb-bil/ atau TNB Careline 1300885454. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "