Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Serpihan Pesawat Dijumpai Sah Milik MH370

8 Okt 2016
No Comment

Kuala Lumpur: Serpihan pesawat yang telah dijumpai oleh orang awam di Pulau Mauritius pada Julai tahun lalu disahkan milik Malaysia Airlines MH370.

Perkara ini telah disahkan oleh Pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang menjalankan siasatan serpihan-serpihan yang dijumpai ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, analisis ATSB terhadap serpihan itu mengesahkan beberapa perkara dengan persetujuan Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370.

“Daripada nombor yang ditemui pada serpihan, bahagian itu dikenal pasti sebagai komponen belakang sebuah Boeing 777.

“Rekod daripada pengilang kepak pesawat juga menunjukkan nombor terbabit dimasukkan ke dalam nombor talian 404 dan ia sepadan dengan Boeing 777,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Menurut beliau, selepas meneliti fakta dan persamaan serpihan tersebut, pakar membuat kesimpulan bahawa serpihan asal itu adalah daripada pesawat 9M-MRO atau juga dikenali sebagai MH370.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan mengumumkan 22 serpihan dipercayai pesawat Boeing 777-200ER itu ditemui di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan perairan Tanzania. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "