Dan bila sudah tiba di rumah, terasa berat sahaja nak bersihkan wajah, penat kata kan, tapi nak tak nak, kena juga bersihkan muka, kalau tidak, habislah rosak muka nanti.
Bila dah bersemangat nak bersihkan muka, tengok-tengok make-up remover habis pula, dah jadi satu masalah. Mestilah malas nak keluar, untuk beli yang baru kan. Di sini, admin ada cara lain yang boleh digunakan perkongsian dari laman Fimela, jom kita tengok apa yang boleh digunakan sebagai pengganti make-up remover.
Dekat rumah, sudah semestinya ada minyak zaitun kan, ialah, antara bahan yang digunakan untuk memasak, lagi-lagi mana yang jaga pemakanan. Minyak zaitun, ini pun boleh dijadikan sebagai make-up remover, ianya mudah meresap, dan juga dapat memberi kelembapan pada kulit. Memang sesuai sangatlah, lagi-lagi untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, bahan semula jadi ini sememangnya apa yang anda perlu ada.
Terdapat juga, alat solek yang kalis air kan, dan ianya memang sukar untuk dihilangkan, nak ‘menyental’ muka, habis merah muka nanti. Jadi, cara lain, anda boleh gunakan baby oil, dengan tekstur yang lembut, ianya sangat baik untuk menghilangkan alat solek jenis kalis air.
Ramai yang sudah mengetahui, kehebatan virgin coconut oil ini, ianya bukan sahaja dapat membantu anda untuk menghilangkan alat solek di wajah, tetapi juga sangat baik dalam memerangi radikal bebas penyebab kerosakan kulit. Namun, selepas menggunakannya, anda haruslah membersihkan wajah anda dengan facial wash, bagi menanggalkan kesan minyak pada wajah anda.
Sudah sedia maklum, petroleum jelly ini sangat baik digunakan dalam membersihakan sisa makeup yang ada di wajah, terutamnya di kawasan mata. Bukan itu sahaja, ianya berguna juga untuk memperbaiki masalah bahagian kulit wajah yang terasa kasar, selalunya digunakan pada bahagian bibir.
Moga-moga perkongsian ini dapat membantu anda dalam proses membersihkan wajah dari kesan alat solek. Selepas ini, bolehlah jimatkan perbelanjaan untuk membeli make-up remover yang mahal, sebab dah boleh menggunakan bahan semula jadi yang lagi baik untuk wajah anda. - Siakap Keli