Sudah pasti ramai antara kita pasti mengenali Chef Selebriti ini iaitu Chef Riz yang juga merupakan anak kepada Chef Wan yang dikenali begitu cerewet dalam bab citarasa.
Kita sering melihat gelagat beliau di dalam televisyen mengacarakan rancangan masakan, apabila melihat beliau memasak, sudah pasti ramai tertanya-tanya sedapkah resepi yang dikongsikan oleh beliau itu.
Kini, anda sudah boleh mencuba masakan menggunakan resepi beliau dan jika bernasib baik anda dapat merasakan sendiri bagaimanakan keenakan air tangannya, ini kerana sebuah restoran bernama Flavours Kitchen yang terletak di Dataran Jelatik, Kuala Lumpur telah menyajikan makanan di restoran mereka menggunakan 100% resepi Chef Riz.
Kerana jadual Chef Riz yang agak padat, beliau tidak dapat selalu datang ke sini, jadi yang mengetuai segala aktiviti dapur sekarang ini adalah berpengalaman Chef Nazri Idris yang pernah berkhidmat di Restoran Frangipani selama 8 tahun dengan menggunakan resepi yang sama.
Melangkah kaki kami masuk ke dalam restoran kecil berkenaan, dekorasi yang diberikan sudah menarik perhatian, malahan lebih tertarik apabila menu diberikan terdapat wajah Chef selebriti ini di depannya.
Menurut pengusaha Restoran ini yang ramah dipanggil Kak Jija yang merupakan ibu saudara kepada Chef Riz, Chef telah menurunkan semua resepi kepadanya yang terkenal tanpa tambahan sebarang perasa makanan(MSG) untuk diberi peluang kepada orang ramai mencuba lebih 100 menu yang disediakan dengan harga yang amat berpatutan dengan saiz makanan besar.
Seperti di dalam gambar ialah nasi goreng kampung, dengan harga RM20 anda akan dapat nasi goreng, dua ekor udang harimau, satay, telur mata, keropok dan sambal.
Sudah pasti ianya amat berbaloi dengan apa yang dibayar pelanggan selain rasa makanannya yang sudah pasti bercitarasa tinggi hasil resepi chef terkenal ini.
Selain itu, untuk memudahkan pelanggannya yang datang berkeluarga, pasti masing-masing mempunyai citarasa tersendiri, oleh Flavours Kitchen menawarkan 3 jenis variasi makanan iaitu masakan barat, Asian, dan Timur Tengah.
Live dari Papa Bo setiap malam menghiburkan pelanggan. Sporting sangat!
Antara menu lain yang ditawarkan.
Selain makanan, dessert yang disediakan cukup sedap dan menarik.
Selain itu, Flavours Kitchen menerima apa jua tempahan atau keraian seperti Candle Light Dinner, harijadi, restoran ini turut menyediakan kek untuk sambutan hari jadi dengan hiasan yang dikehendaki pelanggan.
Memang tidak rugi untuk mencuba, kerana jika anda inginkan rasa makanan yang bertul-betul sedap dan tidak mengecewakan, wajib cuba masakan di Flavours Kithen ini, pasti tidak menyesal.
Gambar yang dipaparkan hanya terlalu sedikit dari 100 menu yang ada, tak rugi datang.
Lokasi restoran ini ialah di
Flavours Kitchen,
Dataran Jelatek, Jalan Jelatek,
Kuala Lumpur 54200
(bertentang dengan stesen LRT Setiawangsa)
03-4252 4484
Waza: Flavours Kitchen, Jelatek
Facebook: Flavours Kitchen
Untuk mereka yang merancang nak pergi dan ingin tahu harga boleh klik ini : Menu dah Harga
- Siakapkeli.my
AJO_QQ poker
BalasPadamkami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandar
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) | pin bb : 58cd292c
BalasPadamYuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
ada CS ANGELNA yang cantik...
dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..