Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tok Ayah Mat Lundang Paku Meninggal Dunia

7 Okt 2016


KOTA BHARU, 7 Okt: Ulama terkenal, Tok Ayah Mat Lundang Paku atau nama sebenarnya Mamat Awang Noh, 110, meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham meninggal kira-kira jam 4.45 pagi tadi akibat sakit tua selepas tujuh tahun terlantar di atas katil akibat patah peha.

Beliau meninggalkan isteri, Ramlah Abd Majid, 74 tahun dan tidak mempunyai anak.

Allahyarham dikebumikan di Madrasah As-Saadiah Kampung Paya Zaman Lundang Paku jam 9.30 pagi tadi bersebelahan dengan kubur gurunya yang dikenali sebagai Tok Ayah Said.

Allahyarham mempunyai ribuan anak murid dan terkenal dalam bab pengajian ilmu tauhid.

Ketika hayatnya, Allahyarham juga beberapa kali ke Makkah untuk menunaikan haji dan pernah menuntut ilmu dengan ulama terkenal, Tok Kenali, ketika beliau masih muda.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "