Kegirangan untuk berkongsi citarasa masakan kepada pelanggan membuatkan diri tersenyum. Bukan apa, ia seperti salah satu kepuasan diri yang telah dicapai dan akan terus berkembang dengan maju.
Namun, apa yang berlaku, tidak seperti yang diharapkan, ada kekurangan dalam satu aspek, bilangan pelanggan yang hadir, tidak seperti yang dijangka, bagai ada satu langkah yang tidak dibuat. Untuk mengetahui, apa yang perlu lakukan, admin ingin kongsikan, 4 tips promosi bisnes makanan dan minuman yang baharu kita mulakan, perkongsian dari saudara Ikram Al-Banjari. Jom kita baca.
Sebelum itu, saya mahu mengajak anda mengimbau kembali pesan seorang tua yang saya jumpa di Frankfurt baru-baru ini. Beliau merupakan pengimport produk makanan dan minuman dari Asia untuk pasaran Eropah.
Paling menarik, beliau juga seorang saudagar jalanan. Begini ceritanya.
" Ikram, jika kamu mahu nikmati seronoknya berniaga, cubalah berjual beli dalam sektor makanan dan minuman ", beliau mulakan bicara.
" Ikram, walau teruk bagaimana sekalipun matawang dan krisis ekonomi dunia, manusia tetap mahu makan dan minum "
Saya hanya angguk tanda setuju. Si Tua ini sudah membina legasi bisnes melebihi 30 tahun. Sekarang, anak-anak beliau yang meneruskan perniagaan ini. Mereka mengimport pelbagai produk dari Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Apabila perbincangan kami semakin mesra, saya mula bertanya beberapa soalan dan ini yang saya catatkan.
Sambil membetulkan jaket kerana cuaca sejuk ketika itu, saya sambung hirup kopi panas bagi menyedapkan tekak. Slurrppp!
" Ikram, saya tidak mempunyai produk sendiri. Saya adalah seorang pedagang. Sewaktu muda, saya menghabiskan banyak masa untuk berjumpa orang dan pergi ke banyak negara untuk memahami potensi bisnes. Kita jangan patah semangat terlalu awal "
Saya senyum.
Saya angguk-angguk sambil ketawa.
" Satu lagi Ikram, ramai peruncit di Germany mahu produk-produk dari Asia. Tetapi mereka tiada masa untuk mendapatkannya. Mereka sibuk menjual di kedai mereka. Siapa pula yang mahu membantu mereka ?"
" Kita lah ! "
Kah Kah Kah Kah. Kami gelak berjemaah.
" Kerja kita sebagai pedagang begini memang susah di awal-awal. Kita perlu bantu peruncit untuk memperkenalkan produk kepada pasaran tempatan", tambah si tua lagi.
" Bagaimana ? Ceritakan ", saya menggasak.
" Bila mereka sudah rasa, barulah mereka mahu bawa pulang ke rumah pula "
Perbualan kami diteruskan dengan perbincangan untuk membawa masuk beberapa sampel produk ke Eropah sebagai percubaan selepas musim sejuk nanti. Untuk info, sewaktu musim sejuk, semua aktiviti dagang tidak aktif.
Apakah tuan faham maksud disebalik cerita yang sudah saya sampaikan di atas ? Sekiranya Tuan berniaga makanan dan minuman, perkara pertama yang tuan mesti lakukan ialah beri pelanggan menikmatinya secara percuma.
Saya pernah memberitahu hal ini kepada ramai peniaga yang bertanyakan saya tentang cara mempromosikan produk makanan dan minuman mereka.
Ini adalah tips-tips awal bagi pemula bisnes dalam sektor makanan dan minuman. Mudah mudahan coretan panjang ini bermanfaat buat semua yang membaca. - Siakap Keli