Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Presiden Filipina Beri Kebenaran Tampar Pegawai Kerajaan Minta Rasuah

28 Okt 2016
No Comment

Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang sebelum ini memberi amaran akan mambenteras dadah besar-besaran nampaknya bukan sahaj begitu tegas dalam hal berkenaan, beliau juga dilihat tegas dalam memerangi gejala rasuah yang juga semakin serius di negaranya, tulis Cari.

Beliau dalam satu satu kenyataan di Jepun menyeru kepada rakyatnya agar mereka agar jangan terlalu takut kepada polis, pegawai imigresen atau pegawai kastam.

Memetik laporan berita Yahoo, Presiden Filipina berkenaan memaklumkan sekiranya rakyat Filipina menaiki kapal terbang pulang ke tanah air, ada pegawai kastam di lapangan terbang meminta duit atau rasuah daripada mereka, kini mereka diberi kebenaran menampar pegawai terbabit.

Beliau dengan tegas menyatakan selagi dia masih memerintah, rakyat Filipina berhak mempertahankan hak mereka dan mengaskan kenyataannya itu bukanlah gurauan, ini kerana dirinya sangat membenci dengan pegawai kerajaan yang suka mengambil rasuah.

"Selain tampar pegawai itu, anda juga boleh menjerit bagi manarik perhatian media yang berada di lapangan terbang dan terus membuat laporan polis," tegasnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "