Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bos Terbaik di Dunia? Billionair Berlian India ini Hadiahkan 400 Rumah Flat, 1,260 Kereta Untuk Pekerjanya Sebagai Hadiah Deepavali

30 Okt 2016


Surat - Billionair berlian di Surat, India membuat kejutan pada perayaan Deepavali tahun ini apabila menghadiahkan 400 buah rumah flat dan 1,260 kereta kepada pekerja-pekerjanya yang cemerlang.

Bonus itu diumumkan oleh Savji Dholakia pada satu perjumpaan tidak rasmi pekerja pada Selasa dan sudah menjadi amalan di syarikat Hare Krishna Exports sejak 2011.

Savja memberitahu CNNMoney, mereka adalah sebahagian daripada 5,500 kakitangan syarikat Hari Krishna Exports, yang dipilih kerana menunjukkan prestasi kerja mengagumkan dari segi kesetiaan dan kemahiran sejak tahun lalu.

Dua tahun lalu, beliau menghadiahkan 200 pangsapuri, 400 kereta dan 500 set barang kemas yang mahal kepada 1,200 pekerja.

Menurut Dholakia, 20 tahun lalu, beliau menghadiahkan kereta kepada tiga kakitangan terbaik syarikatnya dan sejak itu beliau melaksanakan pelbagai program insentif.

"Eksport syarikat bernilai AS$700 juta (RM2.9 bilion) ke 70 negara, tetapi tiada yang lebih berharga berbanding pekerja kami," kata Dholakia.

Selain sifat pemurahnya, Savji juga terkenal dengan sifatnya yang tidak mahu memanjakan anaknya.

Sebelum ini, Savji memberikan cabaran kepada anaknya untuk hidup secara undercover sebagai orang biasa selama sebulan dengan hanya berbekalkan RM 423 untuk kecemasan.

BACA : Anak Billionair Berlian Sahut Cabaran Bapa Untuk 'Survive' di Tempat Asing Selama Sebulan, Hanya Dibekalkan RM423 Untuk Kecemasan

Sumber: BH Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "