Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Tempah iPhone 7 Online, Tapi Dapat iPhone 4 & iPhone 3 Bersama Dengan Kad Fusion Yu-Gi-Oh

21 Sep 2016

China - Kumpulan pertama iPhone 7 habis terjual ibarat pisang goreng panas di China apabila ia mula memasuki pasaran negara itu awal bulan ini.

Kerana kehabisan stok, ada yang sanggup memesan peranti itu menerusi online dan cara itu sudah ada risiko penipuan sebagaimana yang terjadi kepada seorang wanita di China ini.

Lebih malang, wanita itu bukan sekadar ditipu, malah menjadi mangsa troll penjual online tersebut.

Shanghaiist melaporkan, wanita terbabit, Mimi Jiang, memesan iPhone 7 secara online tetapi apa yang sampai kepadanya adalah iPhone 3 dan iPhone 4 bersama dengan sekeping kad fusion kartun Yu-Gi-Oh.

Di dalam kartun Yu-Gi-Oh, kad fusion digunakan untuk menggabungkan dua raksaksa menjadi satu dan dalam kes ini, wanita itu diberikan iPhone 3 dan iPhone 4 untuk digabungkan menjadi iPhone 7.

Wanita itu kemudian memuat naik gambar barangan yang diperoleh itu di laman Facebook dan ia dikongsi lebih dari 3,000 kali bersama dengan 2,900 komen.

"Jika kamu beli dua iPhone 7, kamu boleh gunakan kad Fusion untuk jadikan mereka iPhone 14", usik seorang netizen.

Sumber : shanghaiist
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "