Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Perempuan Terselamat Cubaan Culik

21 Sep 2016
No Comment


Kuala Lumpur, 21 Sep: Seorang pelajar perempuan terselamat dari cubaan culik ketika dia pulang dari sekolah berhampiran rumahnya di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan pada petang semalam.

Ketika kejadian, pelajar tingkatan lima itu baru sahaja turun dari bas danberjalan seorang diri di lorong perumahan apabila diekori oleh suspek yang menaiki kereta.

"Apabila menghampiri pelajar berkenaan, suspek cuba menarik mangsa masuk ke dalam keretanya yang diletak di tepi lorong itu.

"Mangsa menjerit meminta tolong dan bergelut sebelum berjaya melepaskan diri menyebabkan suspek melarikan diri," kata Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias sebagaimana lapor Harian Metro.

Beliau berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "