Gambar hiasan balang plastik.
Insiden tersebut berlaku apabila anjing liar terbabit mencari makanan di kawasan perumahan Taman Inanam Laut, dan susulan laporan yang diterima oleh seorang pegawai kanan Jabatan Hidupan Liar Sabah operasi menyelamat dilakukan.
Anjing tersebut diberikan ubat penenang terlebih dahulu sebelum kepalanya dikeluarkan dari bekas platik oleh pasukan yang diketuai doktor haiwan Unit Penyelamat Hidupan Liar, Dr Nabila Sarkawi.
Menurut Unit Penyelamat Hidupan Liar menerusi catatan di Facebook, pasukan itu kemudiannya memberi rawatan kepada haiwan itu.
"Anjing itu mengalami dehidrasi kerana mungkin tidak makanan atau minum selama beberapa hari.
"Ia mungkin tidak akan mampu bertahan jika terperangkap untuk tempoh 36 jam lagi," kata Dr Nabila.
Anjing yang diberi nama 'Plasty' itu kemudian dibawa ke SPCA Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
-Siakap Keli