Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Ramai Orang Sokong Kenaikan Kadar Tempat Letak Kereta - Dato Bandar Kuala Lumpur

22 Sep 2016
No Comment

Beritkutan pertanya orang ramai dan media mengenai kewajaran menaikkan kadar baru tempat letak kereta di ibu negara, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dalam satu kenyataan memberitahu yang beliau telah mendapat maklum balas dimana katanya ramai rakyat menyokong kenaikan harga parkir berkenaan, lapor Malaysiakini.

Beliau berkata, maklum balas posotif itu antaranya diperoleh daripada penduduk di Bangsar dan kawasan Taman Tun Dr Ismail.

“Banyak orang awam yang menyokong kenaikan harga parkir ini tetapi press (akhbar) pula tak sokong, mungkin sebelah sana saya tak tahulah.
“Bila parkir itu meningkat dan kita kawal, banyak peluang orang parking terutamanya di Bangsar.

“Dulu double parking, sekarang dah ada ruang untuk orang parkir. Penduduk Bangsar suka dan juga penduduk TTDI,” katanya.

Beliau pada masa yang sama mengulas mengenai tindakan pembangkang yang menghantar memorandum bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan isu kenaikan kadar bayaran parkir berkenaan di mana mereka mendakwa kadar bayaran tempat letak kereta di Kuala Lumpur itu terlalu mahal.

Memorandum itu berserta 11,000 tanda tangan petisyen rakyat Malaysia yang dikumpul melalui laman atas talian. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "