Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Terima Kasih Rakyat Malaysia, Doakan Kejayaan Kami" - Atlet Paralimpik

8 Sep 2016
No Comment


KUALA LUMPUR 8 Sept. - "Terima kasih rakyat Malaysia, Doakan kejayaan kami, TQ".

Itulah ucapan dan harapan seorang atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, menerusi sekeping kertas ketika perarakan masuk kontinjen negara pada upacara perasmian Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, awal pagi tadi.

Ziyad, seorang atlet lontar peluru, mewakili kontinjen negara yang terdiri dari 21 atlet.

Foto harapan Ziyad yang dikongsi di laman Facebook Majlis Sukan Negara itu jelas menggambarkan atlet paralimpik amat mengharapkan seluruh peminat sukan tanah air agar memberikan sokongan kepada mereka yang akan memulakan saingan hari ini.

Pada upacara perasmian temasya Sukan Paralimpik 2016, Kontinjen Malaysia diketuai Dr. Ang Kean Koo dan pembawa Jalur Gemilang, Abdul Latif Romly dengan 21 atlet dan 19 pegawai serta jurulatih memasuki stadium dengan mengenakan pakaian kebangsaan.

Kontinjen negara mengambil bahagian dalam lapan daripada 23 jenis sukan yang dipertandingkan dengan olahraga, powerlifting dan berbasikal dilihat mempunyai prospek pingat.

Sukan Paralimpik Rio 2016 berlangsung dari 7 hingga 18 September ini.

Atlet negara yang akan turun beraksi hari ini, Mohd. Faizal Mohamed Noh dan Muhammad Afiq Afifi Rizan (4km ujian masa-tandem), Mohd. Azwar Bakar (ping pong perseorangan lelaki), Nasharuddin Mohd. (400m saringan 1) dan Mohd. Faizal Aideal Suhaimi (100m saringan 1). -

Sumber : Bernama


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "