Lelaki Parah Jatuh Dari Tingkat 8 Selepas Pintu Masuk Lif Tiba-Tiba Terbuka
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki parah selepas terjatuh dalam ruangan lif dari tingkat 8 di sebuah Projek Perumahan (PPR) di Kepong semalam.
Menurut Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa dikatakan sedang menunggu lif di tingkat 8, blok B, PPR tersebut.
Katanya, lelaki itu bersandar di pintu lif dan secara tiba-tiba pintu memasuki lif itu terbuka, menyebabkan mangsa jatuh di atas bumbung lif yang sedang berada di tingkat bawah.
“Lif diturunkan ke lobi dan pihak bomba mengeluarkan mangsa dari lif tingkat 1 blok berkenaan.
“Mangsa mengalami cedera parah di anggota badan dan trauma,” katanya.
Seramai 12 anggota bomba dari balai Hang Tuah dan Jinjang terlibat dalam operasi menyelamat.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Sumber : Sinar Online