Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penyelidik Menegaskan Dunia Perlu Siap Siaga Hadapi Wabak Mikrosefali

16 Sep 2016

PARIS 16 Sept: Ketika virus zika mula merebak di negara baharu, di mana ia mengehadkan pertumbuhan kepala pada janin, dunia juga harus bersiap sedia berhadapan 'wabak global' mikrosefali, kata penyelidik.

Menurut saintis dari Brazil dan Britain, mereka menemui bukti tambahan Zika adalah punca kecacatan itu, kaitan yang sudah pun diterima secara meluas dalam dunia perubatan, tulis Berita Harian.

Bagi negara Brazil, yang sudah diketahui, negara paling teruk terjejas akibat penularan wabak zika, kajian dilakukan terhadap bayi baru lahir, di mana hampir separuh daripada 32 bayi dengan mikrosefali mempunyai kesan virus Zika dalam darah atau cecair serebrospina.

Tiada seorang pun daripada 62 bayi yang lahir dengan kepala normal diuji positif Zika dalam darah mereka, kaitan jelas itu membawa penyelidik merumuskan wabak mikrosefali adalah disebabkan jangkitan virus Zika kongenital.

"Jika benar, kita perlu bersedia berhadapan wabak mikrosefali merebak ke semua negara yang ada pemindahan virus Zika tempatan dan ke negara yang pemindahan virus berkemungkinan menular", kata penyelidik.

Tambah penyelidik lagi, mereka mencadangkan dunia perlu bersedia menangani wabak global mikrosefali dan manifestasi lain sindrom Zika kongenital.

Penyelidik juga mencadangkan untuk menambah Zika ke dalam kategori jangkitan kongenital yang diketahui berlaku sebelum atau ketika kelahiran. Zika adalah virus yang disebarkan oleh nyamuk, tetapi dalam kes yang jarang berlaku ia juga boleh dijangkiti melalui seks.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "