Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PDRM Tidak Campur Tangan Isu Malaysia Official 1

2 Sep 2016
No Comment




KUALA LUMPUR, 2 Sept - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihakya tidak campur tangan berhubung dakwaan seorang menteri yang mendakwa kononnya Perdana Menteri, Najib Razak, merupakan individu yang dinamakan sebagai Malaysia Official 1 (MO1) dalam saman sivil yang dikemukakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewenangan dana 1MDB.

Menurut Khalid, apa pun tindakan mahkamah yang dibuat di AS adalah tindakan sivil dan pihaknya tidak akan campur tangan dalam kenyataan politik itu.

Khalid berkata, apa juga tindakan mahkamah yang dibuat di AS adalah tindakan sivil dan pihaknya tidak akan campur tangan dalam kenyataan politik tersebut.

Jangan heret kita untuk campur kenyataan politik. Polis memang ada siasat 1MDB  namun kita akan fokus apa yang telah kita buat.

"Apa juga tindakan sivil biar pihak terlibat selesaikan, tidak perlu sibuk suruh polis siasat,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Meteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dipetik sebagai berkata bahawa MO1 yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil DOJ adalah Najib.

Menurut Khalid, sehingga hari ini siasatan ke atas 1MDB sudah dikembalikan kepada pihak polis dan pihaknya telah mengambil tindakan-tindakan yang telah diarahkan dan akan laporkan semula kepada peguam negara.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis penghargaan Petugas-petugas Persidangan Aseanapol ke-36 di Bukit Aman petang tadi.

Sumber : Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "