Pengerusi Surau Al-Azim, Hirzan Bazli, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, apabila Rosli Sabran, 40, yang berdiri di bahagian hadapan, tiba-tiba tergelincir dan jatuh akibat keadaan tanah yang basah disebabkan hujan.
Tambahnya, pada masa yang sama, lembu yang berkemungkinan terkejut dengan kejadian itu bertindak agresif dan menendang kaki lelaki itu.
"Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ). Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor mengesahkan kaki kanannya patah dan dia kini berada dalam keadaan stabil," kata Hirzan, tulis Berita Harian.
Penduduk di perumahan itu melakukan ibadah korban setiap tahun, dan pada kali ini sebanyak tiga ekor lembu disembelih.
Lembu yang menendang mangsa adalah lembu terakhir yang disembelih.
Sumber: BH Online