Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Panik Selepas Pesawat Saudi Disangka Dirampas

20 Sep 2016
No Comment


MANILA 20 Sept. - Dek kerana juruterbangnya tersilap tekan butang kecemasa, sebuah pesawat Saudi Arabian Airline disangka dirampas.

Keadaan menjadi panik apabila juruterbang pesawat penerbangan SVA 872 itu secara tidak sengaja tertekan butang penggera kecemasan ketika pesawat itu berada di lapangan terbang Manila hari ini.

Pihak polis dan kakitangan keselamatan lapangan terbang tersebut dengan segera mengepung pesawat itu dari Jeddah itu sebaik sahaja pesawat tersebut mendarat di lapangan terbang itu selepas laporan dari menara kawalan bahawa pesawat itu berada dalam ancaman.

Menurut jurucakap penerbangan Filipina, para penumpang pesawat dipaksa untuk berada dalam pesawat berkenaan selama dua jam namun dibenarkan keluar kira-kira pukul 5 petang selepas disahkan tidak wujud sebarang ancaman.

"Keadaan kembali normal. Difahamkan juruterbang secara tidak sengaja tertekan lampu kecemasan dalam pesawat itu," kata Ketua Polis Manila, Oscar Albayalde sebagaimana lapor Utusan Online.

Sumber : Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "