Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menjadi Seorang Ibu Tiri Bukanlah Mudah...Namun.... - Luahan Ibu Tiri Yang Memahami

11 Sep 2016
No Comment

Jodoh dan pertemuan semuanya ditentukan olehNya, segala apa yang kita terima atau dikurniakan, haruslah diterima dengan hati yang terbuka. Kerana setiap apa yang terjadi, ada hikmah yang tersirat, yang mungkin kita tidak sedar.

tidak semua akan menemui pasangan yang belum pernah mendirikan rumah tangga, lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai cahaya mata. namun, bagi mereka yang melalui fasa di mana mereka mengahwini seseorang yang sudah mempunyai zuriat, sudah tentu akan melauli proses yang berbeza,

Admin ingin kongsikan kisah hidup seorang wanita yang mempunyai anak tiri, bagaimana cara untuk menghadapi mereka, sebagai anak.


Assalamualaikum…

Ini adalah jawapan utk post ibu tiri yang jahat..

"Saya juga merupakan seorang ibu tiri kepada 2 org anak hasil dari perkahwinan pertama suami saya..kedua2nya lelaki..saya baru 27 tahun dan anak sulung suami saya sudah 19 tahun dan yang kedua 15tahun. Boleh nampak kan perbezaan umur saya dgn anak tiri sulung sy?

Menjadi seorang ibu tiri bukanlah suatu perkara yang mudah. Disebalik kita menerima bapa mereka sebagai suami kita,kita juga seharusnya menerima anak2 suami sebagai sebahagian dr hidup kita.

Tahun pertama saya menjadi ibu tiri..saya jugak tertekan…seolah2 terkejut dengan kehidupan anak2 ini..makan pinggan x pernah berbasuh. Baju saya basuhkan. Suka sepah rumah. Buat rumah macam hotel. Hati bertambah sakit bila si pelaku adalah anak2 yang sudah dewasa dan boleh berfikir. Tiap kali makan, bukan setakat tidak basuh pinggan, tp utk ubah pinggan dari atas meja ke singki pun dia x buat. Hati saya sakit. Mereka seolah2 protes dengan kehadiran saya. Untuk bercakap dgn sy, jauh sama sekali. Tapi saya positifkan diri saya.

Tiap kali sy x puas hati dgn anak tiri saya, saya x pernah memarahi atau menegurnya. Semuanya melalui suami. Sy mntk suami yg tegurkan anak2. Saya taknak anak2 terguris jika saya yang menegurnya. Saya biarkan mereka selesa dalam rumah mereka sendiri. Saya tahu mereka tertekan dengan kehadiran saya. Ditambah pula penceraian ibu bapa mereka disebabkan ibu kandung mereka ada lelaki lain, anak2 tiri saya cuma ada ayah utk mereka dpt kasih sayang.

Pernah 1 ketika kawan2 anak tiri sulung datang rumah utk mkn..anak tiri mntk sy masakkan. Lepas sy masak dan makan, si abang tlg basuh kesemua pinggan kawan2 dia. Sedangkan kalau tanpa kawan2, ubah pinggan pun xnak..jd dari situ sy berfikir, dia buat begitu kerana dia sygkan kwn2 dia..jd untuk dia buat begitu juga pd sy,sy harus membuatkan dia syg kepada saya.

Awal perkahwinan sy,kedua2nya tidak byk bercakap dgn sy..sy ke ruang tamu,mereka masuk ke dalam bilik. Sy mkn di meja makan,mereka akn tggu sy hbis mkn..bila diajak katanya kenyang. Kalau ajak pegi shopping, xprnah mau ikut. Sanggup habiskan masa dgn kawan2 dari keluar dgn kami..Sedih rasa hati di awal2 perkahwinan itu.

Utk tackle hati mereka, sy mulakannya dgn buat surprise di hari jadi si abang. Saya keluar belikan kek senyap2..belikan kfc..balik masak mcm2. Sy mintak kawan2 si abang ajak keluar dan bwk dtg rumah bila sy dah siap masak. Bila dia balik mlmtu dlm pkul 10mlm,buka pintu semua gelap..kemudian kami buka lampu dan nyanyikan lagu harijadi utk dia..sebak si abang dgn birthday party tersebut. Suami jugak sebak dgn layanan sy pd anak2 dia.

Lepas majlis harijadi tu, utk kali pertama anak tiri sulung ucapkan terima kasih pada saya..dia cakap, seumur hidup dia tak pernah ada orang sambut harijadi walaupun dengan ibu kandung. Si adik yang jugak kurang bercakap dgn sy, menyampuk, dia jugak mahu sambut harijadi mcm saya buat pada abangnya. Saya sangat gembira..walaupun mereka dah dewasa, saya tetap melayannya seperti anak2 kecil.

Step kedua..saya tanya suami..makanan kegemaran anak2. Sbb anak2 tiri saya makan semua yang saya masak..jd saya x dpt tahu makanan kegemaran mereka. Suami jawab, dia pun xtahu. Tp suami pernah bercerita anak2 x pernah makan di restoran2 luar disebabkan dia dan bekas isteri dulu sering bertelagah. Si isteri selalu memanggil nama anak2 dengan panggilan yang kurang sesuai, membuatkan hari2 yang mereka lalui tak seindah mcm keluarga lain.

 Jd, mereka cuma makan di kedai2 makan biasa shj. Masa dengan ibu kandung mereka, mereka x lalui semua tu. Jadi saya arrangekan utk bawak anak2 ni ke restoran steamboat. Rezeki buat saya,ketika saya mengajak,mereka mula berlembut hati utk ikut saya dan suami. Sekali lagi mereka terkejut kerana dapat mkn sepuas hati di restoran steamboat tu. Sedih sy melihat mereka..dari situ sy dpt lihat, mereka sebenarnya memerlukan kasih sayang.

Saya mula menyelami hati anak2 tiri saya. Bila mereka keluar, saya akan msj tanya “nak makan apa hari ni, umi nak masak”..mesej saya dibalas “xtahu,apa2 pun boleh”. Walaupun jawapan begitu,saya tetap gembira sekurang2nya ada feedback positif dari anak2 tiri. Setiap hari saya akan masak. Dan saya mula perasan yang anak2 tiri sudah mula suka makan dirumah. Bila si abang sudah mula bekerja,sy tumpukan pada persekolahan si adik. Sewaktu saya mula masuk dalam keluarga ini, si adik tercicir dalam pelajaran. Si adik dalam jagaan ibu kandung. Tp tak dikisah untuk bersekolah. Jadi setelah adik tggal bersama kami, saya pujuk dia untuk sekolah kembali. Bila ditanya2, adik cuma mengaku cuma sempat sekolah selama semnggu sewaktu di tgkatan 1. Sudah 2 tahun dia tinggal alam persekolahan. 

Saya ke PPD utk sekolahkan adik semula. Mula2 dia malas dan malu. Tp sy yakinkan dia yang saya tahu dia budak pandai. Saya puji2 dia. Dari situ dia bersemangat utk sekolah kembali. Alhamdulillah dia seronok masuk sekolah semula. Perubahan demi perubahan saya dapat rasakan dalam anak2 tiri sy. Mereka mula ringan tulang untuk bantu saya. Kadang2 saya basuh baju, tgk2 baju dah bersidai. Pinggan dah mula berbasuh.

Dulu dorang panggil saya “kakak”. Kini dah mula panggil saya “umi”. Dorang dah mula request nk mkn itu ini..anak sulung dpt gaji, dia dh mula rasa tanggungjawab utk beli brg2 dapur. Hubungan sy dengan mereka bertambah baik..kemana saja sy nak pergi dgn suami, sy akan ajak mereka sekali. Sy nak mereka tahu saya tidak mengabaikan mereka. Dlu mereka xnak ikut, sekarang mereka happy utk join sekali. Sy x kisah dengan semua tu. Kalau orang lain di usia saya,mungkin lebih suka utk berdua2an shj dgn suami. Tetapi pd sy, semua tu sy x prnh kisah.

Saat yg paling buat sy menitiskan air mata adalah ketika saya masuk wad disebabkan jangkitan kuman. Anak tiri sulung melawat saya tanpa pengetahuan suami. Sy dpt lihat dia mula menerima saya dalam hidup ayahnya. Dia malu2 waktu melawat sy. Hari kedua, dia ikut melawat sy lg bersama suami sy. Tanya saya nk makan apa2 ke untuk dia tolong belikan.

Selepas keluar wad, saya selami minat anak2 tiri saya. Kedua2nya minat motor. Saya ajak mereka konvoi ke Port Dickson dengan menaiki motor. Saya naik bersama suami. Abang naik bersama adik. Kami happy sangat. Kalau raya,kami kemas rumah sama2..walaupun saya shj perempuan,sy dpt rasa saya dikelilingi hero2 di kiri kanan sy..Dapat bayangkan tak macamana saya mampu sesuaikan diri saya dalam kehidupan mereka?

Awal pernikahan sy seperti sukar diterima oleh anak2 ini..tp sekarang kami bahagia dalam rumah ni..yang penting perlunya bertolak ansur dan sikap sabar. Jiwa mereka memberontak. Kehidupan mereka tak sama macam kawan2 mereka yg ada ibu ayah. Jd apa salahnya kita buat yang terbaik, selami hati mereka.

Kdg2 jika saya ada rasa tidak puas hati, sy sampaikan melalui suami..tp dengan penuh kelembutan. Sebab anak2 tiri adalah anak2 kandung suami. Sy perlu memahami. Sy jugak tidak pernah memburukkan ibu kandung mereka, walau setiap hari saya dimaki oleh ibu kandung kononnya merampas kasih sayang anak2 dari dia.

Bila mak mertua call sy untuk ucapkan terima kasih kerana menjaga cucu-cucunya,saya sangat gembira. Kata mak mertua, anak2 tiri saya puji kebaikan sy. Suami pun sy dpt rasakan bertambah syg kepada saya.

Disini sy nak tekankan pada sesiapa juga yg ada anak tiri seperti sy. Kdg2 kita sentiasa pandang keburukan mereka sebab mereka bukan sebahagian dr hidup kita. Tp disebalik pandang keburukan mereka,cuba kita perbaiki diri untuk terima mereka dalam hidup kita..jika dah hbis usaha,tp tak berjaya,berserahlah pd Allah. Jgn sesekali memberontak pd suami tentang keburukan anak2 dia..jika itu berlaku,maka tidak akan bertahan lama lah perkahwinan anda..gunalah kelembutan kita sebagai seorang wanita utk mengatasi masalah ini..yang paling penting,berdoa pd yg Esa.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "