Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketahui Mengapa 10 Rumah Ini Sukar Untuk Dijual Walau Mengikut Harga Pasaran

24 Sep 2016
One Comment

Memiliki sebuah rumah sememangnya sangat menggembirakan, ianya umpama sudah merealisasikan salah satu 'wishlist' yang ingin dicapai. Rumah yang dimiliki pula, sudah semestinya rumah yang diidamkan sejak dari muda lagi, di mana akan diduduki sehingga dewasa kelak.

Pembeli selalunya, akan cuba untuk mencari senarai rumah yang mampu milik, di mana harga yang diiklankan lebih rendah dan mempunyai lebih banyak kemudahan. Ini bagi megurangkan kos pinjaman,dan juga untuk menggunakn lebihan wang bagi proses pengubahsuaian jika perlu.

Tapi, tahukah anda, tidak semua rumah mempunyai permintaan yang tinggi, ini kerana terdapat 10 rumah yang disenaraikan oleh saudara Hamizi Hamdan sukar untuk dijual, dan perlu dijual pada harga yang lebih rendah.

Jom kita baca perkongsian tersebut.


RUMAH YANG SUKAR DIJUAL (KENA JUAL MURAH)

Bukan semua rumah mudah dijual. Ada beberapa jenis rumah agak sukar dijual walau pada harga pasaran kerana kurang pembeli yang berminat. Oleh sebab itu rumah jenis ini perlu dijual murah untuk menarik minat.


1. APARTMENT *TANPA LIF (TINGKAT 3 & 4)

Jika terdapat unit di tingkat lain untuk dijual maka sukar untuk unit di tingkat 3 dan 4 (atas sekali) untuk dijual. Ramai orang tidak suka memanjat tangga. Lebih sukar kalau ada anak-anak kecil.

* ketinggian maksima apartment tanpa lif adalah 5 tingkat dengan tingkat paling bawah dipanggil 'Ground Floor'


2. APARTMENT TINGKAT BAWAH (GROUND FLOOR)

Jika tingkat bawah adalah pada level common area di mana orang lalu-lalang ia mengganggu keselesaan hidup penghuni unit di level berkenaan.

Mereka tidak boleh hendak menyingkap langsir dan tidur mereka sering diganggu oleh kebisingan orang yang lalu-lalang di tepi unit mereka.

Itu sebabnya ramai pembeli lebih menyukai Level 1.

3. APARTMENT TINGKAT PALING ATAS

Sebahagian apartmen agak panas di tingkat paling atas (mungkin sekali disebabkan caranya direkabentuk). Ini akan lebih teruk ketika musim panas. Penghawa dingin perlu dihidupkan sentiasa.

4. RUMAH MAHAL YANG BERJIRAN DENGAN RUMAH MURAH

'Rumah mahal' yang terlalu hampir dengan jirannya si 'rumah murah' juga sukar dijual. Ia ibarat mencacatkan pemandangan. Maka orang yang berkemampuan tidak berasa teruja untuk membelinya.

5. RUMAH DEKAT LOJI KUMBAHAN

Sangat jelas mengapa ia tidak diingini oleh pembeli.


6. RUMAH YANG BERJIRAN DENGAN TNB SUBSTATION

Ramai orang risau jika TNB Substation meletup dan rumah mereka bersebelahan dengannya. Walaupun ia mungkin sekali tidak berlaku tetapi kerisauan itu tetap wujud.

7. RUMAH SEMI-D CLUSTER
Rumah Semi-D diketahui mahal. Oleh sebab itu hanya sebilangan orang sahaja mampu membelinya. Jika ada dua pilihan Semi-D biasa dengan Semi-D Cluster maka pembeli akan membeli Semi-D yang biasa.
Orang banyak duit mereka boleh memilih. Mereka tidak gemar dapur mereka menghadap dinding rumah jiran dan tiada tingkap (biasanya).

8. RUMAH BANGLO KAYU


Mungkin ada yang berminat tetapi masalah mendapatkan pinjaman bank menyebabkan pembeli perlu wang tunai yang banyak.

Tanah (jika status bangunan kediaman) boleh diberi pinjaman sehingga 80% tetapi bangunan kayu itu tidak diberikan pinjaman.


9. RUMAH PERCUTIAN (RESORT HOME)

Apa yang berlaku di Malaysia setakat ini banyak resort home yang tidak memberi pulangan yang baik kepada pembeli seperti yang disasarkan pemaju semasa pelancaran. Ini berlaku jika pemaju tidak menaiktaraf kemudahan serta tarikan baru ke tempat berkenaan.

10. RUMAH RIZAB MELAYU

Kebanyakan masanya rumah yang berstatus Rizab Melayu menghadapi kesukaran mendapatkan pembeli Melayu yang berkemampuan. Penjual kena puas hati dengan apa yang ada.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "