Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ish, Tak Sampai 3 Tahun Buka Kedai Makan Dah Nak Tutup?", Ketahui 7 Sebab Ini Mengapa Ianya Boleh Terjadi

24 Sep 2016
No Comment

Untuk mendirikan sesebuah perniagaan sememangnya memerlukan banyak pengorbanan, ianya bagi memastikan kelancaran untuk kemudian hari. Masa yang diperuntukan bagi mencari maklumat, wang yang digunakan bagi proses pengurusan serta nilai persahabatan dan kekeluargaan mungkin menjadi salah satu pertaruhan yang perlu dihadapi bagi para usahawan.

Segala proses, sebelum, semasa dan selepas wujudnya sesebuah perniagaan perlu dipandang serius. Ini bagi memastikan perniagaan yang dijalankan tidak sia-sia, dan mampu untuk bertahan lama. Banyak aspek yang perlu dititiberatkan, antaranya adalah seperti kewangan, pelanggan dan produk.
Bagi seseorang yang sudah mengetahui akan prinsip perniagaan, sangat mudah untuk menguruskan perniagaan selepas itu.

Namun begitu, harus diingat, sebelum memulakan sesuatu, para usahawan haruslah mengetahui punca-punca sesebuah perniagaan itu boleh musnah, buatlah kajian terhadap mana-mana perniagaan yang tidak lagi beroperasi, dan cuba pelajari dari kesilapan tersebut. Admin ingin kongsikan, menerusi coretan seorang pemuda, Andy Syamsuddin, tentang mengapa pemilik bisnes makan di Malaysia tewas sebelum tiga tahun.



INILAH 7 SEBAB KENAPA PEMILIK BISNES MAKAN DI MALAYSIA 'TEWAS' SEBELUM 3 TAHUN.

PAPAR. Setiap hari membaca kejayaan orang lain membuka perniagaan makanan, boleh jadi ianya restoran ala carte, 'seafood' dan mahupun 'food court' membuatkan ramai yang seronok dan selepas itu berhasrat pulak menjadi seperti mereka.

Tahukah anda selepas beberapa tahun dari mereka yang memulakan bisnes ini ada yang kecundang malah ada yang tidak sampai usia bisnes mereka 3 tahun.

Kajian luar negara menjelaskan bahwa 95% dari business akan gagal pada tahun pertama manakala baki 5% tu pula, yakni 90% lagi akan gagal sebelum tahun ke 5.

Apa puncanya?

Jom kita baca bersama...

1. Motivasi Bisnes Palsu

Kebanyakan mereka bermula dengan motivasi bisnes yang luar biasa, mendapat suntikan semangat dari seminar motivasi bisnes yang memberitahu dengan join bisnes sahaja kehidupan boleh bertukar hebat dalam tempoh yang singkat. Boleh jadi juga melihat kejayaan rakan yang baru setahun berniaga sudah boleh membeli kereta mewah dan hidupnya luar biasa. Tergiur dengan kejayaan orang lain dibidang yang mereka minat.

2. Tiada Ilmu Bisnes

Ilmu yang dipelajari di sekolah berbeza dengan ilmu praktikal dalam bisnes, memang kita perlu perkiraan matematik dalam kehidupan tetapi matematik bisnes kadang bercanggah resultnya.

3. Tiada Team Sukses

Permulaan bisnes makan memang banyak kerja dibuat sendiri dan andalah kuli bataknya. Dari menyedia, memasak sehinggalah pengurusan. Berapa lama tempohnya? At least tidak lebih dari 3 tahun.

4. Terlalu Cepat Berkembang


Baru setahun membuka satu restoran sudah plan buka cawangan sana, buka sini tanpa sempat 'validate' kekuatan bisnes tersebut dan tanpa diuji dengan pelbagai taktik. Tidak sempat pun mengenal 'right customer'.

5. Buka Kedai Dengan Duit Pinjaman

Pinjaman mudah, pinjaman peribadi memang senang didapati oleh mereka yang berkerjaya. Ini kesempatan yang baik menambah 'income' dan persediaan untuk keluar dari bidang pekerjaan dan terjuan ke medan usahawan itu antara kata-kata yang kita dengan selalu. Bila tiada perancangan dan mengandaikan keuntungan saja, kemungkinan malapetaka hebat akan melanda ekonomi mereka ini sebelum sampai 3 tahun usia perniagaan.

6. Mencampur Adukkan Wang Bisnes dan Peribadi

Benda ini acap kali disebut dan disyorkan oleh mereka yang pakar dan terlibat dalam perniagaan. Jangan campur adukkan wang perniagaan. Bayar gaji bila bekerja dalam syarikat sendiri. Kalau tidak aliran tunai syarikat akan bercelaru dan boleh meranapkan perniagaan makanan anda.

7. Tiada Roadmap Atau Peta Jalan 

Antara perkara yang selalu dilupakan tetapi sangat penting. Kalau ditanya kepada mereka yang baru dalam bidang makanan akan bertanya. Perlukah 'road map' ini? Tujuannya apa? Dan bagaimana boleh membantu perniagaan saya?

*Sebenarnya banyak punca lain yang boleh disenaraikan kenapa perniagaan makanan ini boleh tewas sebelum 3 tahun, untuk pagi ini cukuplah 7 sahaja dulu disenaraikan.

*Ilmu yang baik adalah ilmu yang disebarkan dan dapat manfaat kepada orang lain juga.

*Silakan SHARE supaya yang lain juga dapat membacanya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "