Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jenazah Haron Din Akan Dikebumikan Di San Francisco

16 Sep 2016

KUALA LUMPUR 16 Sept: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa jenazah Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di daerah San Francisco, California.

Beliau dimaklumkan mengenai hal tersebut selepas berhubung dengan keluarga Allahyarham.

"Baharu bercakap dengan keluarga TG Dt Dr Harun Din (Tuan Guru Datuk Dr Haron Din), keluarga sepakat pengkebumian di San Francisco", katanya dalam catatan terbaru di laman Twitter rasminya.

"Solat jenazah di Masjid An Nur di sana", tambahnya lagi.


Allahyarham Haron Din, 76, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia, akibat kompilasi jantung.

Pengasas pusat rawatan Islam Darussyifa itu berlepas ke AS sejak 10 September lalu, bagi mendapatkan rawatan berhubung masalah jantung yang dihadapinya, dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak semalam ketika menjalani rawatan jantung di Hospital Stanford University, San Francisco.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "