Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Jambatan Tertinggi Di Dunia Siap Dibina

12 Sep 2016
No Comment

BEIJING 12 Sept: Pasukan jurutera China telah menyelesaikan pembinaan struktur yang bakal menjadi jambatan tertinggi di dunia di mana, kedua-dua bahagian jambatan itu telah dihubungkan pada Sabtu lalu, kata pihak berkuasa tempatan.

Menurut Jabatan Pengangkutan Wilayah Guizhou dalam satu kenyataan berkata, jambatan Beipanjiang terletak di kawasan pergunungan di barat daya China, pada ketinggian 565 meter di atas sebuah sungai.

Jambatan Beipanjiang akan merampas gelaran Jambatan Sungai Si Du di tengah wilayah Hubei sebagai jambatan tertinggi di dunia, tambah kenyataan tersebut.

Jambatan itu dijangka dibuka pada akhir tahun ini, sekali gus memendekkan perjalanan dari Liupanshui di Guizhou ke Xuanwei dekat wilayah Yunnan, dari kira-kira lima jam kepada kurang dua jam, menurut stesen televisyen.



Sumber: MStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "