Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hujan, Ribut Petir Menyeluruh Di Pantai Barat, Johor

20 Sep 2016
Imej yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi, menunjukkan beberapa kawasan yang dilanda hujan dan ribut petir terutama di kawasan pantai barat Semenanjung.

KUALA LUMPUR 20 Sept: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir menyeluruh, hujan lebat berserta angin kencang di Pulau Pinang, selain daerah Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh dan Hilir Perak di Perak dijangka berterusan hingga pagi ini. 

Keadaan sama diramal berlaku di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan (daerah Port Dickson), Melaka dan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Johor Bahru dan Pontian di Johor Mengikut laman web jabatan itu yang dikemas kini jam 4.50 pagi ini, 

MetMalaysia melaporkan, menerusi laman web yang dikemas kini jam 6.29 pagi, melaporkan ribut petir menyeluruh di perairan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor Barat dan pedalaman Sabah juga dijangka berterusan hingga pagi ini.

 "Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (km/j) serta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

 "Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter pula dijangka berlaku di perairan Phuket, sehingga esok. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," kata laporan itu. 

Jabatan Meteorologi juga mengeluarkan amaran ribut petir menyeluruh yang dijangka berterusan sehingga pagi ini berlaku di perairan Selat Melaka, Condore, Layang-Layang, Reef North, Reef South dan Palawan.

Sementara itu, mengikut laman web Sistem Pengawasan Air Pasang Surut Malaysia, Pelabuhan Klang, Selangor merekodkan bacaan air laut meningkat kepada 352 sentimeter (cm) pada jam 3.08 pagi tadi, diikuti 136cm pada jam 9.46 pagi, jam 3.46 petang (343cm) dan 9.55 malam ini, 133cm.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "