Foto besar : Tan Sri Khalid. Foto kecil : Allahyarham Datuk Dr. Haron Din |
Dua individu telah ditahan polis berikutan cacatan di Facebook yang menghina Islam berkaitan dengan kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Dr. Haron Din, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Kedua-dua mereka ditahan, masing-masing, di Perak dan Selangor, kata Khalid menerusi akaun Twitter beliau hari ini.
"Syabas, JSJK (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) @PDRM tangkap 2 orang, 1 di Ipoh dan 1 Shah Alam buat posting di FB hina agama Islam berkaitan kematian Dato Harun Din...," katanya dalam Twitter.
Haron Din, 76, meninggal dunia di Hospital Universiti Stanford di San Francisco akibat komplikasi jantung pada 16 September yang lalu.
Syabas JSJK @PDRMsia tkap 2 org, 1 di Ipoh dan 1 SAlam buat posting di FB hina agama Islam berkaitan kematian Dato Haron Din.— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) September 18, 2016