Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Budak-Budak Suka Conteng Dinding, Suka Buat Apa Yang Kita Larang, Lepas Tu Buat Eksperimen Sendiri Pula", Selami Penjelasan Dari Seorang Doktor Mengapa Ia Berlaku.

27 Sep 2016
No Comment

Baru-baru ini viral di media sosial, bila mana seorang pemuda memuat naik gambar di akaun Facebook miliknya akan seorang pemandu wanita yang memandu kereta penuh dengan hasil lukisan atau contengan anaknya pada kereta tersebut.

Dalam entri tersebut, pemuda yang dikenali sebagai Muhamad Fahmi, menulis,
"Saya tidak kenal akak, Tapi saya percaya akak mempunyai anak yang super kreatif, Saya percaya akan seorang yang sabar, tabah lagi positif, saya salute!"


Gambar tersebut telah membuat ramai netizen geli hati, dan mendapat perkongsian yang tinggi di media sosial. Namun begitu, tahukah anda, setiap apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak itu mempunyai sebab yang tersendiri, dan ianya turut berkait rapat dalam proses tumbesaran kanak-kanak tersebut. Terpanggil akan hal itu, admin ingin kongsikan penulisan seorang doktor, akan sebab mengapa satu-satu perilaku kanak-kanak sedemikian rupa. mari kita hayati penulisan Dr Abdul Rahim ini.


"Kenapa Anak Kecil Anda Suka Conteng Dinding, Mereka buat apa yg kita larang & suka buat esperimen sendiri....KENAPA MEREKA NAKAL?...hihi."
Dah le emak pak dah disediakan buku dan kertas, anak kita masih suka menconteng di dinding.
Dah le emak pak kata jangan panjat bahaya, dipanjat juga si anak nakal kita tu.
Dah le kata situ bahaya....hihihi di buatkan juga sianak tu.
Pening emak pak nu. Mungkin anda masa kecil dulu....lagi TERUK drp anak anda!!

Doc nak bagi tau mengapa ini terjadi??



1. Waktu Imaginasi

Doc & anda sbgai Ibubapa harus sedar, 2/3 waktu anak2 dlm sehari adalah untk BERIMAGINASI. Dunia IMIGINASI anak kecil sangat luas, sedangkan melukis untuk meluah Perasaan IMAGINASI di saiz kertas adalah terhad. Maka melukis di dinding yg luas pilihan mereka, tangan mereka bebas ke kanan, ke kiri, ke atas & bawah. Ia memberikan pengalaman berimaginasi secara kreatif tanpa batasan di dinding dgn posisi yg selesa. Klu boleh jangan halang anak menconteng di dinding... biar je le, sebab itu adalah ekspresi diri mereka.

Selalunya anak yg visual & otak artistik suka melakukan perkara spt ni. Perkembangan moto skil mereka akan kembang dgn pesat sekali. Mereka bangga mempamirkan karya mereka. Sampai satu tahap...anak ni akan berhenti perangai ni. Klu dihalang, maka sesuatu ketidakpuasan akan bersarang di hati anak kecil tu.


2. Anak-anak Suka Meniru

Doc & anda tau kan... anak2 suka MENIRU apa emak ayah mereka buat. Tpi mereka tak mengetahui saiz mereka membahayakan mereka. Ada yg suka ingin menolong emaknya membasuh atau keluarkan kain basuhan drp machine basuh. Ada yg angan2 mengoreng telur ayam wlaupun dipecah2 telur ayam atas lantai dan dilenyet dilantai.....mamanya hot terangat sangat!!


3. Bereksperimentasi


Ada anak yg MENCUBA atau EXPERIMEN suatu yg baru tpi risiko bahayakan dirinya amat tinggi yg anak tu tak tahu. Terutama mencuba menjolok sesuatu dlm socket elektrik, main pisau yg tajam yg mungkin lukakan diri atau rakan. Tpi bagi mereka...ia suatu yg BARU dan MENYERONOKKAN.

Tips Untuk Elak Anak Nakal


1. Pendekatan Yang Sabar

Lakukan Pendekatan yg perlu KESABARAN yg tinggi. Berikan nasihat2 bijak dgn kata2 lembut sehingga anak dpt berfikir lebih baik. Jalan kekerasan adalah terakhir spt kata-kata yg nadanya tinggi atau dgn beri pukulan ringan je untuk takutkan sikecil tu.


2. Tauladan Dari Ibu Bapa

Ibu bapa sendiri kena le Tunjukkan Tekad yg kuat dan contoh tauladan yg baik supaya kita jadi ikutan mereka. Seperti bercakap lembut, tidak marah2 dan maki hamun yg menjadi kebiasaan dlm sesuatu keluarga tu. Elakkan ye.


3. Ganjaran Hadiah

Buat Perjanjian akan berikan hadiah jika anak tidak nakal. Jgn disertai dgn kebohongan. Anda mesti kotakan hadiah yg dijanji bila kenakalan tu mereka hentikan.

Org tua2 kata: EMAK PAK BOREK...hihihi

ANAK NYA RINTIK !!!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "