Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Peserta Akademi Al-Quran Juara Tilawah Peringkat Antarabangsa Di Rusia

27 Sep 2016
No Comment


Ternyata Penyertaan kali pertama Ustaz Abdullah Fahmi Che Nor, 32, pada Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Moscow, Russia telah membuahkan hasil apabila beliau telah dinobatkan sebagai juara.

Majlis yang dianjurkan oleh Russia Muftis Council itu telah berlansung sepanjang 23-25 September 2016 di mana beliau disainhi hebat terutamanya peserta dari Yaman, Bahrain, Iran, Iraq dan Turki.

"Semua peserta perlu jalani saringan sebelum hanya lima terpilih ke peringkat akhir. Saingan sengit diterima, terutama dari Yaman, Bahrain, Iran, Iraq dan Turki. 

"Harap kemenangan ini jadi batu loncatan bagi saya mengulangi kejayaan di pertandingan peringkat antarabangsa lain pada masa akan datang," katanya dipetik laporan BH Online.


Beliau kini telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)sebentar tadi.

Turut hadir menyambut ketibaannya, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ahmad Zaki Md Nor.

Selaku johan, peserta Malaysia ini menerima hadiah berupa wang tunai USD 5000.00 beserta plat dan sijil penyertaan, di mana sebanyak 30 buah negara telah menghantar penyertaan yang dibuka kepada kategori tilawah lelaki sahaja.

Dalam tilawah yang berlansung di Crocus City Hall, Moscow itu, Yusuf Abdullah dari Yaman dinobatkan pemenang kedua, manakala Solah Ali Umar dari Bahrain, ketiga. Abdullah Fahmi menerima hadiah kemenangan daripada Pengerusi Majlis Mufti dan Kerohanian Umat Islam Persekutuan Russia, Mufti Sheikh Ravil Gaynutdin. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "