Bayi ini diberi nama Mina selepas lahir di Mina ketika Ibadah Haji Berlangsung
MINA: Seorang bayi yang dilahirkan di Mina ketika ibadah haji berlangsung pada tahun ini dinamakan dengan nama Mina, umum kementerian Kesihatan Arab Saudi di laman twitter rasminya.
Difahamkan, bayi itu merupakan bayi yang pertama lahir di tanah suci sepanjang ibadah haji tahun ini berlangsung.
Bayi itu dilahirkan oleh ibunya menerusia pembedahan seksyen-c dan kini kedua-dua mereka dilaporkan dalam keadaan sihat dan sedang berehat.
Menurut akhbar al-Youm, ibu bapa bayi tersebut adalah dari Afghanistan dan bayi itu dilahirkan di hospital di Mina.
Ibu bapa bayi berkenaan memutuskan untuk menamakan bayi mereka dengan nama bandar dia dilahirkan. - Siakapkeli.my
Sumber : Al Arabiya