Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ayam Belanda Sebagai Menu Istimewa Aidiladha

9 Sep 2016
Ayam Belanda Sebagai Menu Istimewa Aidiladha


Sumber: Harian Metro

Alor Gajah: Selain lembu dan kerbau yang menjadi menu utama bagi merayakan Aidiladha, permintaan tinggi terhadap ayam belanda atau nama saintifiknya ‘meleagris gallopavo’ juga turut mendapat sambutan.

Penternak ayam belanda Zainah Yusof, 56, dari Kampung Solok Duku, berkata, daging ayam belanda yang lembut, halus dan enak menyebabkan semakin ramai penduduk di negeri ini memilih ternakan terbabit bagi dijadikan hidangan istimewa keluarga pada Aidiladha.

Walaupun dia dan suaminya Rosli Jamaluddin, 55, mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan, namun, kesukaran mendapatkan baka menyebabkan jumlah ternakan itu amat terhad

Katanya, sekarang mereka hanya ada 20 ayam belanda, namun 18 sudah ditempah pelanggan, harga jualan pula ditetapkan pada RM35 satu kilogram (kg) iaitu sama seperti harga angsa.

“Alhamdulillah, sambutan terhadap daging ayam belanda masih tinggi. Pada Aidilfitri lalu saya dan suami menjual sehingga 34 ekor ternakan sama dengan berat antara lima hingga tujuh kg,” tambah Zainah.

Selain ayam belanda, ternakan lain seperti angsa, itik nila dan itik daging turut mendapat permintaan tinggi menjelang sambutan Aidiladha.

Zainah berkata, dia dan suami menjalankan aktiviti penternakan itik nila, itik daging, angsa, ayam kampung, ayam kung fu dan ayam belanda di tanah seluas 0.4 hektar di jalan Solok Duku-Sungai Udang, sejak dua tahun lalu.

Menurut Rosli, ternakan paling laris adalah itik nila dan itik daging berikutan ramai perantau pulang ke kampung mahu menikmati keenakan daging haiwan itu,

Kini semakin ramai beralih kepada daging ayam, belanda, angsa dan itik untuk dimasak sebagai rendang atau kari kerana rasa ternakan itu yang memenuhi selera kampung.

“Malah ada pelanggan saya kini tidak lagi menggunakan ayam kampung atau ayam daging sebagai hidangan istimewa pada Aidilfitri atau Aidiladha,” katanya.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "