Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Billionair Beli 8 iPhone 7 Untuk Anjingnya

20 Sep 2016

VICTORIA - HONG KONG . Anak tunggal kepada lelaki terkaya di China mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan lapan iPhone 7 untuk anjing peliharannya ketika orang ramai masih lagi bersusah payah untuk mendapatkan telefon terbaru keluaran Apple itu.

Laporan dari Dailymail menyebut, Wang Sicong menghadiahkan iPhone itu kepada anjing baka Alaskan Malamute yang dinamakan Coco.

Beberapa gambar Coco posing bersama kelapan-lapan kotak iPhone itu dimuat naik di media sosial Weibo seterusnya mencetus pelbagai reaksi dari netizen.

Coco bersama iPhone 7 nya

Bersama foto itu, turut dimuat naik kapsyen "Tak pasti apa orang ramai menunjuk di Moments! Tak ada apa-apa untuk ditunjukkan, jadi saya(Coco) terpaksa mengambil tindakan".

Tahun lepas, Wang pernah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila memakaikan dua jam Apple Watches yang bernilai lebih RM153,255.85 untuk anjingnya.

Wang dikenali penduduk tempatan sebagai 'orang kaya generasi kedua' iaitu anak atau waris keluarga kaya-raya atau 'tycoon' yang suka menunjuk-nunjuk.

Wang, yang juga seorang pelajar di Winchester College kini sudah bernilai lebih RM2 billion.

Apple Watch yang dipakai oleh Coco

Wang Sicong

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Tak rasa dia menunjuk2... just being sarcastic utk org lain yang suka menunjuk2....baru beli iphone7 dah bising dok post sana sini, aku siap beli 7 lagi utk anjing aku...

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "