Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Buat Laporan Polis Dakwa Raksaksa Pokemon Menyorok Dalam Bilik & Memperkosanya

12 Ogo 2016
Gambar Hiasan

Rusia , 12 Ogos - Polis tempatan memberitahu seorang wanita telah membuat laporan polis bahawa seekor pokemon yang menyorok dalam bilik telah memperkosanya ketika dia di dalam apartmen di pusat bandar Rusia, Moskow.

Wanita yang sudah berkahwin itu, yang mana identitinya tidak didedahkan, berkata dia bermain permainan video Pokemon Go sebelum tidur.

Dia mendakwa apabila bangun dari tidur, dia mendapati seekor pokemon besar sedang berada diatasnya dan berkata bahawa makhluk khayalan itu sedang memperkosanya.

Wanita itu juga berkata, Pokemon itu hilang apabila dia melompat dari katil - namun menambah bahawa aplikasi Pokemon Go di telefonnya masih lagi mengesan raksaksa Pokemon yang sama berada di atas katil.

Dia kemudian mendapatkan suaminya untuk memberitahu apa yang berlaku namun suaminya itu tidak percaya dan menasihatinya aga berjumpa pakar psikologi.

Dia kemudian membuat laporan polis namun polis tidak mempercayai apa yang diceritakan itu dan menyuruh wanita terbabit berjumpa pakar psikologi, lapor berita Rusia, Bloknot.

Rakan wanita tersebut, Ivan Makarov, berkata "Dia kata ada banyak Pokemon di tempatnya dan anjing pun boleh mengesan kehadiran makhluk itu. Dia juga berkata anjing menyalak dimana sahaja apabila dia bermain Pokemon Go".

Makarov juga berkata, sahabatnya itu menerima nasihat suaminya untuk berjumpa pakar psikologi dan telah membuat temujanji. - Siakapkeli.my

Sumber : DailymailThe SunMetro.co.uk,
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "