Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hari National Blue Ocean Strategy Kumpulkan Agensi Pelaksana Untuk Bantu Rakyat

12 Ogo 2016
No Comment

Sebelum ini ramai antara kita ternampak pos di media sosial ada yang menyarankan kita supaya mengisi borang untuk mendapatkan rumah pertama di bawah skim PR1MA, maka ramai orang yang berpusu-pusu mencuba isi memandangkan harga hartanah kini semakin melonjak.

Namun ramai mengeluh gara-gara tiada maklum balas daripada pihak terlibat , mungkin kerana ada kesalahan dalam mengisi borang atau kerana tidak memenuhi kretiria yang diminta.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan membuat rujukan yang betul anda haruslah terus pergi berjumpa dengan pihak berkaitan.

Untuk lebih memudahkan anda semua, pada 14-20 Ogos 2016 nanti, anda boleh terus berkunjung Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di mana pihak PR1MA dan hampir keseluruhan badan kerajaan akan berkumpul di sana untuk mendekati rakyat Malaysia di dalam Hari Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Hari NBOS ini akan disertai oleh setiap Kementerian dan Agensi pelaksana seperti:

1.NSU

2.CODING

3.VIP

4.UTC

5.BR1M

6.MINDEF

7.MOHA

8.KPDNKK

9.MDEC

10.MOHR

11.MAGIC

12.KPKT

13.IM4U

14.KPWKM

15.BIOTECH

16.KPM

17.JPA

18.PP1M

19.PR1MA

20.KPT

21.MOTAC

22.MOH

23.MOA

Badan-badan ini ini adalah pelaksana pelbagai program untuk rakyat Malaysia dibawah NBOS dimana dalam program tersebut, NBOS telah menyusun beberapa inisiatif dan program-program lain bersempena hari terbuka ini juga pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk riadah keluarga.

Fungsi NBOS

NBOS berfungsi sebagai asas bagi Strategi Malaysian National Development (MyNDS) yang akan membimbing Rancangan Malaysia ke-11 dari 2016 hingga 2020. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri telah dilaksanakan sejak tahun 2009 lagi.

Dipahamkan pihak NBOS memberi penekanan kepada pelaksanaan program transformasi sosial di mana sehingga kini sebanyak 93 inisiatif telah berjaya dilaksanakan.

Kejayaan Inisiatif NBOS

Antara inisiatif yang paling berjaya adalah Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Program Rehabilitasi Komuniti (CRP), Rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC), 1Malaysia For Youth (1M4U), 1Malaysia Entrepreneurs (1MET) dan lain-lain lagi

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut akan hadir pada hari tersebut dan di jangkakan akan melancarkan Buku Laporan (Report Card) NBOS 2016. 7000 orang ramai di ramalkan akan membanjiri hari terbuka NBOS ini nanti.


Dimaklumkan antara program-program yang di susun atur bakal mendapat sambutan hangat orang ramai dengan adalah:

1. Larian dan Kayuhan NBOS (NBOS Run and Ride) pada 14 Ogos 2016.

2. International Conference On Blue Ocean Strategy (ICBOS).

3. CODING bootcamp adalah untuk kanak-kanak sekolah renda dan menengah

4.Transforming Nations Through Creativity And Innovation 16 - 18 Ogos 2016.

5. Global Blue Ocean Award 2016.

6. Kem Keusahawanan 1MEt (terbuka kepada orang awam)

7. Booth Perbadanan PR1MA di mana segala maklumat lengkap mengenai PR1MA akan diberikan.

8. F1 simulasi oleh Petronas.

9. Booth Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

10. Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan oleh FIT Malaysia.

11. Jualan dari vendor-vendor terkenal di Malaysia

12. Ceramah dan soal jawab agama

13. Pameran inisiatif-inisiatif NBOS

14. Aktiviti menarik oleh 1M4U

15. Dan banyak lagi.

Menarikkan? jadi jangan lepaskan peluang anda semua untuk hadir ke Hari NBOS 2016 ini kerana pelbagai maklumat dan peluang anda sebagai rakyat Malaysia akan diperolehi.

Ia adalah medium yang paling terbaik ahrus digunakan oleh rakyat Malaysia di mana ramai yang tidak tahu hak kita sebagai rakyat di mana banyak yang patut kita dapat tetapi kita tidak tahu dan kini anda boleh rebut peluang ini di PICC pada 14-20 Ogos 2016 nanti.

Selain itu anda juga bakal di hiburkan dengan artis-artis ternama tempatan seperti ;

Dayang Nurfaizah
Siti Nordiana
Bunkface
Aizat Amdan
Sandra
Caliph Busker
Ronnie Hussein
6ixth Sense
Alif Satar
Tasha Manshahar
Dan ramai lagi.

Untuk informasi lanjut boleh rujuk di laman sesawang

Website : https://www.blueoceanstrategy.com
Facebook : https://www.facebook.com/BlueOceanStrategy1
Twitter : https://twitter.com/BlueOceanStrtgy
Youtube : https://www.youtube.com/c/blueoceanstrategy

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "