Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Maut Terbabas Selepas Kain Dipakai Kakak Terbelit Dirantai Motor

15 Ogo 2016
No Comment

Takdir dua beradik apabial sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang wanita terbabas berikutan kain yang dipakainya telah terbelit dirantai motor di Kampung Labok, Machang, lapor Harian Metro.

Kejadian menyebabkan adik mangsa Muhammad Amirullah Halim, 16, maut di tempat kejadian kira-kira jam 6.35 petang 13 Ogos iaitu Sabtu lalu.

Kakaknya, Norfatin Akila, 21, yang membonceng motosikal berkenaa mengalami kecederaan di jari tangan, pipi, dahi dan kaki.

Jenazah arwah Amirullah telah dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan telah dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani, berkata ketika kejadian mereka bergerak dari arah Labok menghala ke Banggol Judah.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kain kakaknya terbelit pada rantai dan gegancu belakang.

"Akibatnya, motosikal terbabas sebelum kedua-dua mangsa terjatuh.

“Penunggang maut di tempat kejadian manakala kakaknya cedera," katanya ketika dihubungi Harian Metro Malam Semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "