Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kanak-Kanak Tiga Tahun Cedera Tangan Tersepit pada Eskalator

16 Jun 2016

MELAKA 15 Jun - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun terpaksa melalui detik cemas apabila tangan kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pasaraya di Ayer Keroh dalam kejadian jam 10 malam tadi.

Utusan Online melaporkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama keluarga datang ke pasaraya itu untuk membeli belah dan ketika melalui kawasan eskalator itu, tangan mangsa tiba-tiba tersepit di eskalator terbabit.

Pegawai Pengurusan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd. Din berkata, mangsa, Iman Sumaiyah Masri, 3, mengalami luka iaitu melecet pada tangan kanannya berikutan kejadian itu.

"Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 10.02 malam dan sepasukan 12 anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ashraf Abdullah bergegas ke tempat kejadian.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa dan kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Pantai di Ayer Keroh untuk menerima rawatan atas permintaan keluarganya," katanya.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Kamarulzaman turut menasihati ibu bapa supaya sentiasa berhati-hati dan mengawal anak mereka ketika menggunakan eskalator.

Katanya lagi, pihaknya telah meminta pengurusan pasar raya itu supaya sentiasa membuat penyelenggaran dan memantau peralatan tersebut bagi mengelak kejadian itu daripada berulang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "