Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Miliki 9 Kedai Butik Dalam Usia Muda, Lelaki Ini Buktikan Budak Jalanan Chow Kit Pun Boleh Berjaya

24 Jun 2016
No Comment

24 Jun - Biarpun dulu digelar budak jalanan di Chow Kit, ia tidak menghalang Mohd Syafie berjaya dalam hidupnya.

Mohd Syafie, yang kini bergelar tauke kepada sembilan cawangan butik di seluruh Malaysia, berkongsi kisah dan nasihat-nasihatnya kepada anak muda di luar sana.

Dulu Hidup, Bermain di laluan Chow Kit

Kehidupan Syafie bermula dari sebuah keluarga yang biasa sahaja. Ibu bapanya peniaga buah-buahan di Chow Kit dan bagi Syafie, hidup dalam kalangan peniaga yang kompetitif dan warga asing sudah menjadi lumrah dalam hidupnya.

Menceritakan kisahnya lebih lanjut, Syafie berkata kerana persekitarannya, dia sudah mula berniaga sejak dari sekolah lagi.

"Ketika di zaman sekolah lagi ketika itu, rakan rakan sekolah bergembira di sekolah, saya tidak datang dengan tangan kosong. Ketika sekolah rendah lagi, saya sudah menjual pemadam, sticker. Ketika di sekolah menengah saya menjual burger dan balik sekolah pula, jual bunga api.", cerita Syafie.


Tidak Pernah Abai Pelajaran Biarpun Berniaga

Biarpun hidup dalam persekitaran perniagaan, Syafie berkata dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya dan itu menjadi salah satu punca kejayaannya hari ini. Selain dari azam dari diri sendiri, Syafie turut menasihat ibu bapa di luar sana agar sentiasa menitik beratkan pembelajaran anak-anak biarpun sibuk.

Tidak Takut Mencuba Biarpun Muda

Mungkin sesetengah orang akan kata : "Kalau tak cukup pengalaman jangan buka bisnes". Namun kata-kata itu tidak benar sekali buat Syafie. Seawal umur 17 tahun lagi, beliau sudah mempunyai kedai sendiri iaitu sebuah kedai kereta alat kawalan jauh di jalan Chow Kit.

Sekarang 'baru' 32 Tahun, Tapi dah Ada 9 Kedai Butik

Bermula dari sebuah kedai alat kawalan jauh, minat Syafie kepada bisnes semakin membuak-buak. Dia kemudian memulakan perniagaan butik tudung yang dikenali sebagai D'yana dan kini mempunyai 9 cawangan butik itu di seluruh Malaysia biarpun baru berumur 32 tahun.




Kongsi Bagaimana Nak Berjaya

Berkongsi bagaimana dia berjaya dalam bisnes, Syafie memberi beberapa tips untuk anak mudah diluar sana.

1 - Azam kena tinggi dan jangan buat kerja separuh jalan.

"Nasihat saya pada anak anak muda setiap apa pun yang kita buat, perlulah memiliki azam yang amat tinggi hingga tercapai. Bukan separuh jalan, selepas tu, lepaskan kerja lama. Buat kerja baru. Jangan sekali!! "

2 - Kerja jangan bermatlamatkan wang

"Biarlah kerja mahupun berniaga jangan sekali kali bermatlamatkan wang. Buat dan usahakanlah dengan seikhlas hati kerana ALLAH. InsyALLAH wang akan menyusuri. Ramai muda mudi masa kini hanya kejar wang semata mata."

3 - Ilmu sebagai martabat diri bukan sekadar 'petanda gaji'

"Pada saya, kita harus kejar ilmu dahulu dimasa muda. Dengan ilmu kita akan dapat mengingkatkan martabat kita. Contohnya, ramai yang mencari kerja yang bergaji tinggi dahulu. Yang sepatutnya mereka mencari kerja di tempat kerja yang dapat memberi mereka banyak bekalan ilmu untuk masa depan"
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "