Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sewa Lot Berharga Kedai RM900, Lelaki Ini Dapat Pulangan RM2,400 Sebulan, Jom Baca Tips Beliau kongsikan

15 Jun 2016
No Comment

Ramai terfikir, bagaimanakan hendak untuk 'buat' duit, sebenarnya begitu banyak cara handak menghasilkan duit terutamanya melalui perniagaan.

Selain perniagaan, anda sebenarnya boleh untuk menjana pendapatan iaitu melalui sewa samaada mempunyai aset atau pun tidak.

Jika tidak mempunyai aset anda boleh menggunakan konsep sewa atas sewam di mana hanya perlu menyewa sesuatu tempat dan sewa kepada orang lain pula tetapi bukan mengambil kesempatan.

Apa maksud bukan ambil kesempatan? caranya tempat yang disewakan semua berkenaan haruslah lebih baik dari keadaan asal, contohnya ditambah barang keperluan seperti perabut.

Seorang lelaki bernama Fairus Mohd Tabiee berkongsikan kisahnya yang menyewa lot kedai tingkat atas dan menjadikannya sebagai tempat kediaman di mana beliau memperoleh pendapatan sehingga RM2,400 setelah tolak sewa.

Jom kita baca

TIPS PASIF INCOME
================

Aku menyewa sebuah lot kedai tingkat 3. Hanya 1 level dengan kadar sewaan RM900 sebulan. Aku membuat perjanjian sewaan 3+2 tahun (5 tahun). Deposit 3+1+1. Bayaran keseluruhan deposit RM3,600. Ukurannya 24 x 90.

Deposit TNB (pasang meter) sebanyak RM1,500 dan SYABAS RM1,000.

Aku keluarkan modal untuk membuat pecahan bilik ukuran 10'x10'. Ianya akan dijadikan asrama/bilik penginapan pekerja di sekitar kawasan ini. Jumlah bilik yang dihasilkan sebanyak 11 bilik. Kos keseluruhan ubah suai RM17,000.



Untuk menambah nilai, aku belikan mesin basuh, dapur masak dan peti sejuk di kedai second hand. Kos keseluruhannya sebanyak RM900.

Bilik2 ini nanti akan disewakan dengan harga RM300 sebulan dan akan menghasilkan kutipan bulanan RM3,300 setiap bulan. Ianya akan dinaikkan setiap tahun sebanyak RM50 sehingga harga syiling RM450 nanti. Bilik ukuran ini sesuai utk duduk berdua. So sorang hanya RM150 sahaja. Sgt berbaloi dibandingkan menyewa di rumah sewa yang mungkin jaraknya lebih jauh dan kadar sewa lebih tinggi.

Untuk menawarkan variasi, siapa yang nak keselesaan penghawa dingin, sewa dinaikkan RM250 menjadi RM550. Bil elektrik ditetapkan RM100 disumbangkan pada tabung bil tidak termasuk sewa. Kos 1hp penghawa second hand RM500. 2 bulan balik modal.

===============================
Deposit sewaan = RM3,600
Deposit utiliti = RM2,500
Kos Ubahsuai = RM17,000
Kos kemudahan = RM900

JUMLAH PELABURAN INI RM24,000.

Jumlah untung sebulan = RM3,300-RM900 = RM2,400

Return of investment (ROI) :
RM24,000 (pelaburan)/RM2,400 (untung bulanan) = 12 bulan
*Setahun sudah balik modal.
*Elektrik dan air penghuni kongsi2 bayar
===============================

Semua transaksi akan dimasukkan ke dalam akaun syarikat. Pada tahun kedua, aku akan gunakan pendapatan(modal asal) utk duplicate di lot yang lain pula dengan sifir yang hampir serupa. Jika unjuran aku mempunyai 10 lot, pendapatan PASIF adalah sebanyak

+ RM24 ribu sebulan
+ RM288 ribu setahun
+ RM1.44 juta utk 5 tahun (perjanjian sewa 5 tahun)

Jika hanya 50% pengiraan ini tepat, aku masih boleh meraih :

+ RM12 ribu sebulan
+ RM144 ribu setahun
+ RM720 ribu utk 5 tahun (perjanjian sewa 5 tahun)

Apa kebarangkalian sifir ini tidak TEPAT?
================================

- Mungkin kadar sewa yang tinggi
- Mungkin jumlah bilik yang kurang
- Mungkin tidak 100% berjaya disewakan
- Mungkin tidak sampai 10 lot yg diusahakan

Pada kawan2 yang berminat, boleh usahakan projek macam gini daripada duit personal loan korang buat tukar sportrim kereta, upgrade kereta, belanje awek. Nak buat benda tu semua, gunakan duit dari sewaan tu nanti.



Apa CABARAN & PENYELESAIANNYA?
================================

1. Lokasi kena CUN - Cari yang berdekatan dgn kawasan yg sibuk dgn pekerja2 yg berpendapatan rendah. Contohnya : Giant, tesco, maidin

2. Sewa tinggi - nego sebaik mungkin dgn owner bangunan. Tawarkan bayaran 6 bulan in advance. Kalau bangunan tu dah lama kosong, owner mesti cair.

3. Tiada penyewa - bagi komisyen kepada penghuni yang dah sewa. Nilainya mesti tinggi. Mungkin 50% daripada harga sewaan.

4. Masalah sosial - buat RULES. Kena tegas. Spotcheck berkala. Langgar peraturan, terus terminated tanpa pulang deposit. TIADA DADAH. TIADA ARAK. TIADA ZINA. Buat poster besar2.

5. Keselamatan - pasangkan CCTV kalau rasa pendapatan berbaloi. Buatkan akses card. Record keluar masuk.

Amacam, ada berani?

Kesimpulan : Aku menawarkan pilihan penginapan BUDGET. Dgn jarak berjalan kaki ke tempat kerja. Xperlu beli barang keperluan rumah kerana semuanya dah tersedia. Sangat sesuai utk mereka yang baru merantau, student practical, suami yang dihalau isteri.. Aku menyelesaikan masalah rumah sewa yang semakin menggila harganya. Matlamatnya tetap sama, sebuah ruang peribadi untuk tidur dan berteduh.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "