Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerajaan Cadang Untuk Kenakan Cukai Terhadap Minuman Bergula

16 Jun 2016
No Comment

KUALA LUMPUR: Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah bercadang untuk mengenakan cukai kepada minuman bergula (SSB) yang diimport atau diproses di kilang dalam usaha mengurangkan jumlah penghidap penyakit kencing manis di negara ini, lapor Bernama.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, cadangan berkenaan merupakan satu strategi yang dikenal pasti untuk mengawal penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan.

"Walau bagaimanapun, cadangan cukai ini adalah tertakluk kepada persetujuan pihak Kementerian Kewangan," katanya menjawab soalan Senator Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman yang ingin tahu cadangan kerajaan untuk melaksanakan cukai gula seperti yang dilaksanakan di Britain, pada sesi soal jawab sidang Dewan Negara, di sini hari ini.

Menurut Dr Hilmi lagi, cadangan itu termasuk dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III dan 'Policy Options' bagi tahun 2016-2025 untuk menangani masalah obesiti. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "