Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kata Daging Lembu, Rupa-Rupanya Daging Babi : 3 Peniaga Ditahan Tipu Pelanggan

12 Jun 2016

Surabaya, Indonesia - 12 Jun : Polis di bandar Kota Besar di sini telah berjaya menahan tiga penjual daging di tempat berasingan kerana menipu pembeli dengan menjual daging babi yang dikatakan daging lembu.

Peniaga terbabit, semuanya lelaki yang berusia antara 34 dan 61 tahun dituduh menjual daging babi yang mereka dakwa daging lembu.

Dua daripada mereka ditahan ketika berniaga di pasar Mangga Dua Wonokromo, sementara seorang lagi di Pasar Lakarsantri.

Menurut jurucakap polis Surabaya, Shito Silitonga berkata, ketiga-tiga mereka memberitahu daging itu adalah daging lembu yang kurang berkualiti, disebab itulah mereka menjualnya dengan murah.

Harga yang ditawarkan adalah Rp90,000 (RM 27.53) jika dibandingkan dengan harga daging lembu biasa yang bernilai Rp130,000 (RM 40.00) sekilogram.



"Caranya, jika ada orang datang membeli, semua daging yang dijual dikatakan daging lembu. Padahal sebenarnya yang diberikan adalah daging babi", terang Sinto.

"Biasanya, mereka memberitahu kepada pembeli, daging babi yang mereka jual itu adalah daging lembu yang kurang kualiti, sebab itu harganya lebih murah iaitu Rp90,000 (RM 27.53) sekilogram. ", kata Shinto lagi.

Akibat perbuatan itu, ketiga mereka kini berhadapan hukuman penjara maksimum empat tahun.  - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "