Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jika Gaji RM3,500 Hanya Layak beli Myvi, Berapakah Sebenarnya Gaji Untuk Layak Beli Honda Civic 2016?

14 Jun 2016
8 ulasan

Nampaknya dua tiga hari ini satu persatu kereta baru muncul di pasaran Malaysia, dari kereta Honda Civic 2016 yang menjadi bualan dan kegilaan anak muda, hari ini pihak proton pula melancarkan kereta Proton Perdana Baru.

Ramai dilihat tertawan dengan kedua-dua kereta ini, ada yang bergaji RM3,000 sebulan mula bercita-cita handak beli kereta idaman mereka ini.

Admin akui itu hak anda, hak setiap individu, tetapi apa yang hendak disentuh di sini adalah mengenai masa depan kita, nak dengar atau tidak terpulang, ketahui kereta adalah keperluan tetapi kereta mahal dan hebat adalah kehendak.

Kereta merupakan aset, tetapi aset yang sentiasa susut nilai, jadi anda perlu merancang kehidupan untuk senang di kemudian hari, contoh yang terbaik sudah pastinya hartanah yang akan sentiasa naik dan tidak susut nilai.

Jika Gaji RM3,500 sebenarnya anda layak untuk beli kereta Produa Myvi sahaja, jadi berapa sebenarnya anda layak untuk beli kereta Honda Civic baru yang berharga RM130k++ ini.

Jom baca coretan saudara Harith Faisal.

HONDA CIVIC 2016 IDAMAN HATI SAYA.

Sekarang tengah hangat cerita pasal Honda Civic 2016 yang berharga sekitar RM132,000. Saya pun tergugat dengan design dia yang sangat mengancam gila woi.

Honda Civic adalah kereta idaman saya masa zaman sekolah. Kalau ikut gaji saya dan isteri, boleh saja kami angkat satu kereta tu. Memang layak. Tapi disebabkan kami ada asas ilmu kewangan, tak jadi belilah.

Siapa sebenarnya yang mampu dan layak untuk memiliki kereta Honda Civic yang gojes sangat tu? Kita berbalik kepada kiraan asas kereta mampu milik.

➡ Harga Honda Civic: RM132,000

Harga kereta mampu milik yang patut kita miliki mestilah kurang daripada gaji tahunan kita. Jika kita bergaji RM3,500 kita layak untuk beli Honda Civic tu. Bank boleh luluskan pembiayaan, tapi adakah kita mampu? Jom kira.

➡ RM3,500 x 12 = RM42,000.

Jadi, kalau gaji anda RM3,500 pakai kereta Perodua Myvi RM42,000 sudahlah. Tak payah nak berangan pakai Honda Civic baru tu. Orang gaji berapa yang mampu beli kereta tu?

➡ RM132,000 / 12 = RM11,000

Kalau gaji anda RM11,000 silakan angkat Honda Civic tu. Inilah matematik. Memang tak menipu. Yang selalu menipu adalah diri kita sendiri. Tak mampu, tapi acah-acah macam mampu. Rumah pun tak pernah beli lagi tu.

Pepatah kewangan ada mengatakan bahawa, "Jangan kagum sangat dengan Honda (Civic), kalau masih duduk menyewa". Itupun ramai yang tak puas hati sebab fikir lurus sangat. Puncanya, tak faham maksud yang tersirat.

Jangan risau, jualan Honda Civic terbaru takkan terjejas pun dengan posting macam ni. Mungkin beratus-ratus anak muda akan setuju, tapi beribu-ribu lagi anak muda lain masih membeli kereta di luar kemampuan diri.

Wei, raya nak dekat dah ni! Sekarang ni masa yang sangat sesuai untuk beli kereta baru. Banyak promosi raya. Nanti raya pertama boleh melaram, boleh upload gambar raya sambil posing baring atas kereta.

Nak beli, silakan. Tapi buat kira-kira dulu ya. Untuk kemaslahatan kewangan anda sendiri juga. Tak nak ikut nasihat ni? Sekati koranglah. Haha. - HF

Ok lepas baca apa yang saudara Harith Faisal ni tulis, silalah ambil kalkulator dan ukur baju di badan sendiri. Mampu? Hah pergilah nak beli Lamborghini pun tak siapa nak marah. Tapi kalau tak mampu, duduk diam-diam sudah. Pakailah kereta yang lebih murah di dalam kemampuan diri. 

Murah pun tak apa kerana tujuan kereta tu dicipta untuk bawa kita dari point A ke point B. Bukannya untuk tunjuk kita mampu walau hakikatnya, kita dan Allah sahaja yang tahu.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 8 ulasan )
  1. klu camtu ramai la yg xleh bli rmh
    cth harga rmh mampu milik rm250k/12 = rm 20,800++
    so org yg gaji rm 20,800++ je la yg bleh bli rmh mampu milik
    betul ke nih???

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Fikir sebelum beli.rs mampu belilah.
    9 tahun menanggung...

    BalasPadam
  4. Fikir sebelum beli.rs mampu belilah.
    9 tahun menanggung...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..gaji saya rm3k,husband rm3.5k..tapi kami mampu pkai sbiji saga yg saya beli ketika bujang dan sbiji Honda civic FD yg suami juga beli ketika bujang dimana lg 2thn kedua-dua kereta akan habis bayar. Kami juga mempunyai 1bj apartment yg kami duduk skarang & 1bj Condo dlm pembinaan yg mana akan siap sama tahun kami habis hutang kereta..klu kite hanya buat calculation atas kertas memang x cukup tapi harus berani dan merancang..

    BalasPadam
  6. tu pengiraan org kecewa sebab loan tak lepas nk beli FD. tak relevan langsung.
    saya dulu selepas 3 tahun kerja, beli kereta RM97300 dengan gaji 3.5k. buat loan 8 tahun . masa tu interest tinggi 3.0% (skrg blh dapat 2.4%)monthly installment RM1k. bayar kereta tk pernah sangkut, renew roadtax insurance tak pernah sangkut.kereta dah habis bayar pun,dalam tempoh tu jugak boleh beli rumah teres di lembah kelang.
    apa yang penting pandai uruskan kewangan.

    pengiraan mudah,installment bulanan kereta adalah +-10% dari harga kereta. kira la sendiri.

    BalasPadam
  7. Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
      ******************************
    1) Nama Penuh:
      2) Jantina:
      3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
      4) Tempoh Pinjaman:
      5) Negara:
      6) Alamat Rumah:
      7) Nombor Mudah Alih:
      8) Nombor Faks:
      9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
      11) Tarikh Gaji:
      12) Tujuan pinjaman:
      13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mohanmendcompany01@gmail.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "