Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Terkejut Selepas 'Check' Telefon Anak Umur 10 Tahun, Hampir Jadi Mangsa Lelaki Pedofilia

29 Jun 2016
No Comment

Seorang ibu bernama Nurulainey Ab Halim melalui satu posting di laman Facebooknya meluahkan rasa marah dengan kejadian yang berlaku kepada anaknya yang baru berumur 10 tahun.

Mana tidaknya, kerana tindakannya yang memeriksa telefon bimbit anaknya itu menemui sesuatu yang amat mengejutkan di mana anaknya hampir menjadi mangsa lelaki pedofil.

Beliau telah bertindak memuatnaik perbualan antara lelaki hidung belang berkenaan dengan anaknya di mana lelaki itu dilihat sedang mengumpan anak lelakinya itu untuk diberikan permianan game PSP jika dia berikan gambar kemaluannya.

Jom kita baca 'screenshot' yang dimuatnaik oleh puan Nurulainey di mana perbualan lelaki berkenaan dan anaknya.


























Beliau dalam pada itu meminta supaya ibu bapa diluar sana agak lebih berhati-hati dan memantau aktiviti anak masing-masing terutamanya melibatkan media sosial.

Menurut beliau, ada yang mengecam tindakannya memberi telefon bimbit kepada anak seawal umur 10 tahun, namun baginya tindakan memberi telefon bimbit kepada anaknya adalah kerana soal keselamatan kerana katanya kehidupan pada masa kini yang mencabar membuatkan kedua ibu bapa perlu bekerja, jadi masa anak-anak di rumah semasa keluar bekerja tidak dapat dipantau, jadi baginya telefon bimbit adalah alat komunikasi terbaik. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "