Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hanya Penumpang Kenderaan Sahaja Dibenar Ambil Gambar Pesalah Jalan Raya

29 Jun 2016
No Comment

MELAKA: Hanya penumpang kenderaan yang dibenarkan untuk mengambil gambar jika melihat ada pemandu lain yang melanggar peraturan jalan raya bagi membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan ketika musim perayaan, lapor Berita Harian.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd Fadhil Hassan berkata, adalah menjadi satu kesalahan apabila pemandu merakam gambar pemandu kenderaan lain yang melanggar pelbagai peraturan jalan raya, malah ia boleh dikenakan denda.

"Jika ternampak pemandu buat kesalahan di jalan raya seperti menggunakan lorong kecemasan, tidak memakai topi keledar, memotong barisan dan langgar lampu merah, kita boleh meminta penumpang sebelah atau yang berada di dalam kenderaan mengambil gambar.

"Rakaman gambar itu pula boleh dihantar berserta maklumat seperti lokasi, tarikh, masa dan nombor pendaftaran kenderaan ke laman web rasmi kita di www.jpj.gov.my.

Jadi, ini bermakna pemandu kenderaan sendiri tidak dibenarkan merakam gambar pemandu lain yang melakukan kesalahan itu," katanya.

Selain itu, Mohd Fadhil berkata, operasi penguatkuasaan pada musim perayaan kali ini lebih tertumpu kepada operasi pemeriksaan di hentian atau terminal tertentu berikutan ramai menggunakan pengangkutan awam itu untuk pulang ke kampung masing-masing.

"Selain itu, anggota Skuad Muda 1JPJ turut ditempatkan di kawasan rehat dan rawat (RnR) bagi membantu menjalankan kempen penguatkuasaan ketika musim perayaan," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "