Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Che' Puan Khaleeda Selamat Lahirkan Seorang Puteri Pagi Ini

25 Jun 2016
No Comment


Yang Mulia Che' Puan Khaleeda Bustamam yang merupakan Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat melahirkan puteri sulung, pagi ini.

Berita gembira ini telah dimuatnaik ke laman Facebook milik JOHOR Southern Tigers kira-kira 20 minit lalu di mana menyatakan Che Puan Khaleeda selamat melahirkan puterinya Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

YM Che Puan Khaleeda Bustamam dan puterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli telah membuat satu kenyataan mengumumkan kelahiran puteri pasangan diraja berkenaan.

"Jumaah Diraja Johor merafak syukur ke hadrat Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua.

 "Seorang puteri pada 25 Jun 2016 bersamaan 20 Ramadan 1437 di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah. Che Puan Khaleeda dan paduka puteri berada dalam keadaan sihat walafiat," katanya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "