Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bonus Raya RM500 Untuk Penjawat Awam di Johor

13 Jun 2016
Mohamed Khaled (tengah) semasa menyempurankan perasmian penutup Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Tahun 2016 Persatuan Pegawai Tadbir Johor. - Foto Sinar Harian
ISKANDAR PUTERI, 13 Jun - Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk kakitangan perkhidmatan awam sebanyak RM500 sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016.

Khaled berkata, bantuan kepada 15,126 kakitangan perkhidmatan awam di negeri Johor itu membabitkan peruntukkan yang berjumlah RM5.5 juta.

"Di atas keperihatinan, kerajaan negeri dalam menghargai khidmat bakti penjawat awam sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, saya suka cita memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan BKK sebanyak RM500.

"Bantuan ini diberikan kepada 15,126 kakitangan perkhidmatan awam  negeri Johor dengan peruntukkan sebanyak RM5.5 juta dan pembayaran akan dibayar secepat mungkin sebelum Aidilfitri," katanya sebagaimana lapor Sinar Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "