18 Ekor Singa 'Ditahan' Selepas Kes Kematian Manusia Dekat Tempat Perlindungan
India, 14 Jun : Pihak berkuasa disini telah 'menahan' 18 ekor singa dalam usaha untuk mencari pembunuh dalam kes kematian tiga manusia baru-baru ini.
Pegawai perhutanan di Gujarat berkata, pihaknya akan melakukan ujian terhadap singa-singa tersebut.
Singa yang bersalah akan diletakkan di dalam zoo untuk seumur hidup manakala yang lain akan dilepaskan kembali ke tempat perlindungan Gir, kata pegawai itu kepada BBC Hindi.
Baru-baru ini, enam serangan terhadap manusia dilaporkan terjadi berdekatan dengan tempat perlindungan terbabit.
Pakar hidupan liar, Ruchi Dave memberitahu BBC bahawa 'ujian' itu termasuklah menganalisis jejak dan najis haiwan tersebut.
"Pihak berkuasa juga turut melihat tingkah laku haiwan itu. Singa pemakan manusia biasanya akan agresif apabila melihat manusia", katanya. - Siakapkeli.my
Sumber : www.bbc.com